Hi! Welcome Back and Stay Tune! 8 Nasihat Daripada Henry Ford, Pengasas Kereta Jenama Terkenal Dunia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

8 Nasihat Daripada Henry Ford, Pengasas Kereta Jenama Terkenal Dunia

#1-Minta Nasihat Daripada Orang Lain.

Related image

Menurut Ford, salah satu kesilapan yang beliau lakukan sepanjang bergelar usahawan adalah tidak mendengar nasihat beberapa penasihat yang dipercayainya.

Ramai orang termasuk anaknya telah memberi nasihat dan amaran mengenai kereta keluaran syarikat lain yang semakin popular.

Dia mengenepikan nasihat ini dan memandang rendah kepada potensi syarikat lain dan tidak membuat inovasi pada kereta keluaran syarikatnya.

Akibatnya, walaupun dia masih lagi antara lelaki yang terkaya di dunia namun syarikatnya Ford Motor Company tidak lagi menjadi pemimpin dalam industri automobile sebaliknya jatuh di tangga ketiga berbanding syarikat lain.

Jika dia tidak begitu selesa  dengan kedudukan sedia ada dan kekal menjalankan inovasi bagi produknya, pasti mereka masih mendahului rekaan inovasi syarikat lain dan menjadi ikutan dalam industri.

Dia mulai faham yang sesiapa yang berhenti belajar akan menjadi sangat tua dan akan ketinggalan tidak kira usia.

#2-Cipta Untuk Semua.

Image result for henry ford

Ramai usahawan yang berjaya telah mengungguli kelasnya yang tersendiri dan mereka memberi fokus untuk mencipta atau menjual produk bagi golongan kelas atasan sahaja.

Sebaliknya, Henry Ford telah mencipta produk mampu milik yang boleh dimiliki oleh semua orang jika mereka berusaha mahu membelinya.

Malahan, dia turut menaikkan gaji para pekerjanya untuk membolehkan mereka akhirnya mampu untuk membeli kereta yang mereka sendiri telah buat.

Ini menyebabkan pekerja setia dan setia bekerja dengan syarikat Ford.

#3- “Whether you think you can, or you think you can’t — you’re right.”

Related image

Ini adalah falsafah kegemaran yang dipetik daripada Henry Ford sendiri.

Dia sememangnya percaya bahawasanya kejayaan yang dicapai semuanya bermula dengan minda.

Falsafah ini merupakan prinsip dan ideologi yang dipegang oleh beliau dalam bisnes.

Ramai usahawan baik lelaki atau wanita percaya yang apa sahaja yang anda fikir akan idapat dimanifestasikan dalam realiti.

Jadi, untuk berjaya, perkara pertama yang kita harus lakukan adalah mengubah ‘mindset’ untuk jadi positif agar kita juga berhasil mendapatkan keputusan yang bagus.

#4-Melabur Dengan Relevan.

Related image

Apa yang membuatkan Henry Ford adalah satu nama yang berjaya adalah dia mengusahakan idea bisnesnya dengan lebih besar dan pastikan ia berjaya.

Setiap kali dia mahu memajukan syarikatnya, dia akan melaburkan wang untuk membesarkan kilangnya terlebih dahulu.

Kilang yang besar akan mampu untuk menampung keperluan pengeluaran dan permintaan produk yang lebih tinggi.

Jika dia masih beroperasi di kilang lama dan beroperasi pada skala kecil pasti dia tidak akan berjaya seperti sekarang.

Malah, dia juga turut mempelbagaikan perkhidmatan oleh syarikatnya selain daripada menjual kereta.

Walaupun kos untuk membesarkan kilang dan operasi syarikat adalah sangat tinggi namun dia sanggup mengambil risiko dan melabur bagi perkara yang berpotensi untuk mendatangkan keuntungan.

#5-Lakukan Sesuatu Dengan Penuh Minat.

Related image

Minat adalah kata kunci bagi setiap kejayaan orang lain yang kita dengar.

Sama ada anda lakukan sesuatu yang anda minati atau lakukan sesuatu dengan penuh minat.

Jika anda dapati anda tiada minat untuk meneruskannya, maka anda harus berhenti dan lakukan sesuatu yang lain.

Tiada fasa yang mudah dalam bisnes dan hanya dengan minat yang tinggi anda dapat bersabar semasa menghadapi detik-detik kesukaran dan meneruskannya.

#6-Semuanya Mungkin Jika Anda Mahukannya.

Related image

Henry Ford adalah bukti di mana jika ada kemahuan, pasti ada jalan. Dia telah membina empayar automobil yang ternama di dunia.

Semuanya bermula daripada usahanya sendiri daripada bawah. Dia bukanlah berasal daripada seorang yang kaya dan mempunyai harta yang banyak.

Dia berusaha mencari pelabur dan mengembangkan bisnes sedia ada setiap tahun perlahan-lahan.

Dia turut membuat kajian dan belajar daripada usahawan terkenal yang lain dan buat inovasi untuk produk syarikatnya.

Ternayata, dia seorang inovator yang sangat mementingkan perkembangan dan kemajuan insan.

Dia melayan pekerjanya dengan baik dan memahami kesukaran mereka kerana dia sendiri pernah berada dalam situasi yang sama.

#7-Sentiasa Kekalkan Prestasi Kerja Yang Berkualiti.  

Related image

Henry Ford pernah berkata yang kualiti adalah melakukan sesuatu perkara dengan betul walaupun tiada orang melihatnya.

Jadi, sentiasa beri hasil kerja yang terbaik walaupun majikan, rakan sekerja, ahli keluarga dan orang lain tidak melihatnya, itulah kualiti kerja bagus yang sebenar.

Ini juga akan menjadi satu tabiat yang bagus bagi seorang usahawan yang ingin berjaya kelak.

#8-Jangan Cari Kesalahan, Cari Solusi.

Image result for ford company

Sememangnya senang untuk kita menyalahkan orang lain di atas kesilapan kita sendiri.

Henry menasihatkan yang antara kemahiran yang mahal yang anda boleh pelajari adalah bertanggungjawab dengan kesilapan diri sendiri.

Sebaiknya, cari jalan solusi untuk selesaikan masalah dengan baik. Dengani ni, barulah anda dapat menjadi seorang yang benar-benar berjaya pada masa akan datang.



Sumber 8 Nasihat Daripada Henry Ford, Pengasas Kereta Jenama Terkenal Dunia

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zHVcq0

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.