Hi! Welcome Back and Stay Tune! Air mata saya ikhlas, bukan drama - Shahir - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Air mata saya ikhlas, bukan drama - Shahir

FINALIS AF Megastar, Shahir, menafikan sengaja berdrama atau mengundang simpati penonton apabila mengalirkan air mata ketika menyanyikan single terbaharu berjudul ‘Mama Jangan Pergi’ di pentas akhir program realiti tersebut pada malam Ahad.

Shahir berkata, sepanjang menyanyikan lagu tersebut dia cuba mengawal perasaan untuk tidak menangis namun gagal menyekat air matanya daripada tumpah di hujung persembahan.

“Saya agak sensitif apabila bercakap soal ibu dan rasanya semua orang pun begitu. Sebenarnya dari peringkat awal saya dah mula rasa sebak tapi saya tahan kerana takut mengganggu persembahan.

“Tapi ketika selesai persembahan saya dah tak boleh nak control. Kalau ada yang kata saya sengaja berdrama... sebenarnya saya pernah berlakon dan perkara yang paling susah saya nak buat ialah babak air mata.

“Saya pernah jalani penggambaran dan pengarah terpaksa tunggu lama untuk dapatkan babak saya menitiskan air mata. Jadi, kalau saya menitiskan air mata ia ikhlas dan bukanlah dibuat-buat,” katanya.

BACA: Idayu juara AF Megastar 2017 

Ketika ditanya tentang komen netizen yang mempersoalkan sama ada air matanya tumpah kerana ibu, Erra Fazira atau Mona, Shahir ada penjelasan tersendiri.

“Nyanyian itu terang-terang untuk ibu saya, bukan untuk Erra mahupun Mona. Dalam sedutan video yang dipaparkan sebelum persembahan tadi pun saya ada sebut, lagu ini saya cipta khas untuk ibu saya dan ibu-ibu di luar sana,” ujarnya.

Bercakap mengenai kenyataannya untuk menarik diri daripada konsert tersebut baru-baru ini, juara AF musim kelapan ini mengakui keadaan memaksanya berbuat demikian ketika itu.

BACA: Final AF Megastar: "Insya-Allah saya ada esok"- Shahir 

“Apa yang membuatkan saya terfikir untuk menarik diri ialah saya ingin buktikan kepada semua orang yang saya tidak mengejar dunia, populariti atau kemasyhuran malah saya tidak kisah masuk final ataupun tidak.

“Apatah lagi bila ada yang kata saya lupa diri selepas kembali membina nama di AF Megastar, ia sedikit sebanyak mempengaruhi tindakan tersebut.

"Sebab itu saya lebih rela menjadi orang biasa daripada orang kata saya berubah disebabkan sesuatu perkara.

“Tapi memikirkan tentang tanggungjawab dan pihak produksi juga meminta saya untuk meneruskan perjalanan di pentas AF Megastar, saya lakukan kerana tidak mahu susahkan pihak lain,” katanya.



Sumber Air mata saya ikhlas, bukan drama - Shahir

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yCKMKU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.