Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ismail Sabri anggap pertemuan Izzah ‘derhaka’ selepas baca media perdana - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ismail Sabri anggap pertemuan Izzah ‘derhaka’ selepas baca media perdana

Menteri mengesahkan beliau membuat kenyataan berdasarkan berita yang dibawa melalui laporan media arus perdana.

ismail-sabriKUALA LUMPUR: Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob memberitahu mahkamah beliau menganggap tindakan Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar bertemu anak perempuan “Sultan Sulu”, Jacel Kiram sebagai menderhaka kepada negara selepas membaca laporan media arus perdana mengenai pertemuan itu, selepas pencerobohan militan Jamalul Kiram III di Sabah pada 2013.

Menteri kemajuan luar bandar dan wilayah hari ini turut mengesahkan beliau tidak memohon penjelasan daripada Izzah sebelum mengeluarkan kenyataan kepada pemberita pada 22 November 2015.

“Saya membuat kenyataan berdasarkan berita yang dibawa melalui laporan media arus perdana,” kata Ismail, dan menambah beliau juga tidak merujuk penjelasan Izzah di media sosial yang dibuat antara 19-21 November tahun sama sebelum membuat tuduhan.

“Sepatutnya plaintif panggil media dan membuat penjelasan, bukannnya buat kenyataan di media sosial,” katanya ketika disoal peguam Izzah, Sivarasa Rasiah.

Ismail dipanggil ke kandang saksi dalam kes saman fitnah terhadapnya dan bekas ketua polis negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mahkamah Tinggi Datin Faizah Jamaludin.

Pertemuan itu menjadi perbualan selepas Jacel memuatnaik 4 keping gambar pertemuannya dengan Izzah pada 9 November 2015 di Facebook.

Bapa Jacel, Jamalul Kiram III, yang mengangkatnya dirinya sebagai pewaris kesultanan Sulu mengarahkan 200 militan bersenjata memasuki Lahad Dahu bagi membuat tuntutan ke atas negeri itu. Pencerobohan itu menyaksikan 56 militan terbunuh dan yang lain tercedera atau melarikan diri.

Melalui writ saman dan penyataan tuntuan yang difailkan pada 26 November 2015, Izzah berkata Ismail dan Khalid membuat mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya pada sidang media di Bukit Aman dan Bera, Pahang pada

Melalui writ saman dan pernyataan tuntutan difailkan pada 26 November 2015, Nurul Izzah berkata, Khalid dan Ismail masing-masing mengeluarkan kenyataan fitnah terhadapnya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan di Bera, Pahang pada 22 November tahun sama.

Ismail berkata Izzah selaku ahli Parlimen sepatutnya tahu bahawa pencerobohan militan Kiram meninggalkan kesan besar kepada negara, malah menyebabkan beberapa anggota keselamatan terkorban.

Izzah patut tahu Jacel bersama musuh

Terdahulu, Khalid di mahkamah 19 Oktober lalu berkata Jacel boleh dianggap musuh negara kerana bertindak selaku jurucakap kepada militan Jamalul Kiram III. Menurut Khalid, Jacel secara aktif mengeluarkan kenyataan di media sosial dan akhbar untuk memburukkan Malaysia dan pasukan keselamatan.

“Saya menganggap tindakan plaintif bertemu dengan Jacel sebagai menderhaka kepada negara kerana plaintif bertemu dengan individu yang dikaitkan dengan kumpulan yang mengisytiharkan perang terhadap Malaysia,” kata Ismail kepada mahkamah hari ini.

“Atas sebab itu pandangan saya tindakan plaintif tersebut boleh diambil tindakan di bawah Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Keganasan 2015.”

Sivarasa ketika ditemu pemberita berkata keterangan Ismail dan Khalid menunjukkan mereka sudah membuat kenyataan yang melulu terhadap anak guamnya.

“Isu pokoknya mereka tidak mencari penjelasan daripada plaintif. Nurul Izzah sudah buat penjelasan 2 kali dan sepatutnya mereka tahu penjelasan itu sebelum membuat komen, tapi mereka tidak buat begitu,” katanya.

Izzah dalam penjelasan mengenai pertemuan itu berkata beliau tidak memanggil Jacel untuk bermesyuarat atau bertemu dan tidak pernah berkenalan dengan anak perempuan Kiram itu.

Menurut Izzah, Jacel salah seorang daripada 15 tetamu yang dijemput ke program anjuran Majlis Hal Ehwal Filipina, Institut Asia untuk Demokrasi, Pejabat Datuk Bandar Manila dan Pejabat Naib Presiden Filipina.

“Semua yang hadir di program tersebut telah bergambar dengan saya sebagai tanda sokongan terhadap laporan Kumpulan Kerja Mengenai Penahanan Tanpa Bicara PBB yang menggesa agar Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan serta-merta,” kata Izzah pada 21 November 2015.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Ismail Sabri anggap pertemuan Izzah ‘derhaka’ selepas baca media perdana

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hXTPvu

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.