Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adobe Bereksperimen Dengan Ciri Membuang Objek Yang Tidak Diingini Daripada Sesuatu Rakaman Video - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adobe Bereksperimen Dengan Ciri Membuang Objek Yang Tidak Diingini Daripada Sesuatu Rakaman Video

Adobe sedia menawarkan ciri content-aware fill pada Photoshop yang membolehkan anda membuang sebarang objek atau elemen yang tidak diingini daripada sesuatu gambar – dan perisian secara automatik menggantikan ia dengan latar yang disesuaikan supaya gambar tidak kelihatan janggal.

Ciri ini turut digunakan oleh ramai pihak dalam menghasilkan rakaman gambar yang cantik dan tidak diganggu objek atau elemen yang tidak diinginkan.

Adobe Cloak

Kini, Adobe turut sedang bereksperimen dengan sebuah ciri yang lebih kurang sama untuk video, melalui eksperimen yang dipanggil “Cloak”. Adobe ingi memudahkan anda membuang sebarang objek tidak diingini daripada sesuatu rakaman video – termasuk orang, kenderaan, tiang lampu dan sebagainya dengan mudah tanpa memerlukan kesan penyuntingan yang tinggi dan sukar seperti dilakukan studio perfilemen pada hari ini.

Dengan populariti video pada masa kini, semestinya ramai yang inginkan ciri ini untuk memudahkan anda membuang sesuatu objek daripada rakaman video dengan mudah.

Buat masa ini, Adobe hanya bereksperimen dengan projek baru ini, dan tidak diketahui lagi bilakah ia akan dilancarkan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zAh9ay

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.