Hi! Welcome Back and Stay Tune! Adobe Mengemaskini Pelbagai Perisian Penyuntingan Dibawah Creative Cloud - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Adobe Mengemaskini Pelbagai Perisian Penyuntingan Dibawah Creative Cloud

Adobe merupakan salah satu nama yang tidak asing dalam arena kreatif. Ia digunakan ramai pengguna seluruh dunia untuk menyunting gambar, menyunting video, membuat animasi, membuat lakaran prototaip, dan sebagainya.

Melalui kemaskini Adobe Creative Cloud yang terbaru, pihak Adobe menyertakan tiga lagi perisian baru dibawah mereka, iaitu Adobe Dimension CC, Adobe XD, dan juga Adobe Character Animator. Sebelum ini, ketiga-tiganya diuji pada peringkat beta. Adobe XD memfokuskan kepada kemudahan membuat rekaan antaramuka untuk aplikasi dan web, Adobe Dimension untuk memudahkan anda membuat grafik 2D kepada 3D, dan akhir sekali Adobe Character Animator adalah untuk membuat animasi untuk watak 2D dengan pantas.

Disamping itu, Adobe turut mengemaskini perisian popular mereka, Adobe Photoshop, Indesign, Illustrator dan Premiere Pro dengan beberapa ciri-ciri baru.

Antaranya adalah penambahan pelbagai lakaran Brush baru pada Photoshop, integrasi gambar dari Lightroom terus ke Photoshop, sokongan anotasi pada InDesign, selain penambahan templat Motion Graphic pada Adobe Stock.

Bagi pengguna yang menggunakan atau melanggan Adobe Creative Cloud, anda boleh menikmati ciri baru ini melalui kemaskini terbaru untuk setiap aplikasi berkaitan.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2inX6b6

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.