England jumpa Sepanyol di final
KOLKATA: Sepanyol akan berdepan England pada aksi final Piala Dunia bawah 17 tahun, Sabtu ini selepas menewaskan Mali 3-1 pada separuh akhir sebentar tadi.
Abel Ruiz meletakkan skuad La Roja di depan selepas menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-19.
Penyerang muda Barcelona itu kemudian meledak gol peribadi kedua dalam perlawanan itu dua minit sebelum tamat babak pertama.
Ferran Torres mengesahkan tempat di final buat Sepanyol apabila meledak gol ketiga selepas 26 minit aksi babak kedua.
PEMAIN Mali, Cheick Oumar Doucoure (tengah) menanduk bola ke arah gawang Sepanyol sambil dihalang pemain Sepanyol, Abel Ruiz (tiga dari kanan) pada aksi separuh akhir Piala Dunia bawah 17 tahun di Stadium D Y Patil, Mumbai, India, sebentar tadi. - Foto EPA-EFE
Mali cuba bangkit dan berjaya merapatkan jurang gol tiga minit kemudian, namun keputusan 3-1 memihak Sepanyol kekal hingga wisel penamat.
Terdahulu, England turut mencatat kemenangan 3-1 ke atas Brazil dalam satu lagi aksi separuh akhir untuk mara ke final buat kali pertama. - AFP
PASUKAN England meraikan kejayaan mara ke final Piala Dunia bawah 17 tahun di Stadium Krirangan, Kolkata, India. - Foto REUTERS
Sumber England jumpa Sepanyol di final
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yNx2dW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment