Hi! Welcome Back and Stay Tune! Fed Kashkari: Bank Pusat Akan Membuat Kesilapan Jika Terus Menaikkan Kadar Faedah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Fed Kashkari: Bank Pusat Akan Membuat Kesilapan Jika Terus Menaikkan Kadar Faedah

Isu utama yang dihadapi oleh Fed adalah kadar inflasi yang lemah. Dalam menangani isu ini terdapat perbezaan pendapat dalam kalangan ahli Fed. Salah satu pandangan ialah menyatakan bahawa kadar inflasi yang lemah adalah berikutan tindakan Fed sendiri. Antara yang menyokong pandangan ini adalah Neel Kashkari, presiden Fed cawangan Minneapolis.

Neel Kashkari berpendapat bahawa Fed adalah penyebab jangkaan inflasi jatuh berikutan pengetatan polisi yang tidak pada waktunya. Bank pusat telah meningkatkan kadar faedah secara beransur-ansur, akan tetapi inflasi masih berada di bawah sasaran 2%.

Fed percaya bahawa bacaan 2% adalah kadar yang tepat agar ekonomi dapat bertumbuh dengan baik. Akan tetapi inflasi yang terlalu rendah pada paras 1.3% bagi unjuran tahunan menunjukan indikasi bahawa ekonomi masih lemah dan dapat memperlambatkan pertumbuhan ekonomi.

Kashkari merupakan salah seorang ahli Fed yang tidak bersetuju dengan keputusan majoriti yang menyokong peningkatan kadar faedah supaya dapat mengatasi masalah inflasi.

”Pandangan saya, kadar faedah tidak patut dinaikkan lagi kecuali jika kita telah mencapai sasaran inflasi 2% tahun ke tahun (y/y), atau jika terdapat kejatuhan mendadak dalam kadar pengangguran yang digunakan sebagai indikasi labour market slack iaitu perbezaan jumlah mencari pekerjaan dengan tawaran kerja dan peningkatan inflasi yang melebihi jangkaan.”  tulis Kashkari di Medium.com

”Jangkaan inflasi jatuh disebabkan inflasi sebenar berada di bawah sasaran dalam jangka waktu yang lama, dan tindakan Fed mengurangkan sokongan telah menyebabkan keyakinan terhadap kenaikan inflasi ke arah sasaran dalam tempoh masa sesuai semakin berkurangan.”, lanjut Kashkari.

”Jika membiarkan jangkaan inflasi terus jatuh, hal ini akan menyebabkan kita akan kekurangan alat polisi monetari untuk mengatasi kejatuhan ekonomi.”

 

The post Fed Kashkari: Bank Pusat Akan Membuat Kesilapan Jika Terus Menaikkan Kadar Faedah appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2g5J8qv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.