Gadis berpeluh darah jadi misteri
PELIK…seorang gadis berusia 21 tahun telah dimasukkan ke hospital selepas mengalami keadaan di mana dia berpeluh darah di bahagian muka dan tapak tangan.
Keadaan yang berlaku itu menyebabkan doktor-doktor di Itali tertanya-tanya punca yang mengakibatkan pesakit yang tidak dinamakan itu mengalami symptom pelik berkenaan.
Gadis itu akan mengalami peluh darah secara spontan iaitu ketika dia tidur atau melakukan aktiviti fizikal.
Peluh berdarah itu mengakibatkan gadis terbabit berasa tertekan dan perkara itu telah dilaporkan dalam Canadian Medical Association Journal (CMAJ).
Ujian yang dijalankan mendapati fungsi darahnya adalah normal dan dia diberikan ubat propranolol. Kejadian ini dikatakan berlaku satu dalam 10 juta orang.
Tidak diketahui punca sebenar penyakit itu namun ia dipercayai berpunca daripada ketakutan atau tekanan yang amat sangat.
Kejadian sama pernah dilaporkan menimpa seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dari Thailand, Phakamad Sangchai, di mana mata, hidung, telinga dan kulitnya mengeluarkan darah apabila dia mengalami sakit kepala.
Phakamad mengalami pendarahan itu sejak lebih enam bulan lalu.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Gadis berpeluh darah jadi misteri
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2h7iYnM
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment