Hi! Welcome Back and Stay Tune! Harga Emas Jatuh Ke Paras Terendah 8 Minggu Lalu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Harga Emas Jatuh Ke Paras Terendah 8 Minggu Lalu

Harga emas jatuh ke paras terendah lapan minggu lalu pada hari Selasa, dengan pelabur semakin optimis terhadap ekonomi US serta jangkaan kenaikan kadar faedah Fed pada bulan Disember yang semakin meningkat, menolak dolar dan hasil bon US lebih tinggi.

Emas sensitif dengan perubahan greenback. USD yang kukuh menyebabkan emas lebih sukar untuk dimiliki oleh pemilik matawang asing yang lain kerana harga yang tinggi.

Pasaran hadapan emas di Comex jatuh ke paras $1,271.21 per auns, sebelum naik semula ke $1,273.54 pada jam 6.00 petang.

Semalam harga emas ditutup rendah berikutan indeks aktiviti pembuatan US meningkat ke paras tertinggi 13 tahun setengah yang lalu pada 60.8 bagi bulan September, berbanding bacaan 58.8 pada bulan Ogos menyokong pengukuhan dolar US.

Selain itu, perbelanjaan pembinaan US bagi bulan Ogos turut meningkat, selepas jatuh selama 2 bulan berturut-turut, didorong oleh peningkatkan perbelanjaan daripada kedua-dua sektor awam dan swasta.

Dolar kekal tinggi berbanding matawang utama lain, dengan indeks US dolar (DYX) meningkat ke paras tertinggi sejak pertengahan bulan Ogos yang lalu, disokong oleh kenaikan hasil bon US.

Para pelabur akan meneliti komen daripada Gabenor Fed, Jerome Powell pada jam 8.30 malam bagi melihat pandangan beliau terhadap kadar faedah bank pusat akan datang. Komen beliau dinilai sebagai penting selepas berita yang dikeluarkan pada minggu lepas menyatakan beliau telah bertemu dengan Presiden Trump bagi membincangkan kedudukan beliau sebagai calon pengerusi Fed seterusnya selepas Janet Yellen meletakkan jawatan sebagai pengerusi pada Februari tahun depan.

The post Harga Emas Jatuh Ke Paras Terendah 8 Minggu Lalu appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yUwIJQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.