ASUS Hadir Dengan Siri Papan Induk Z370 Terbaru Yang Menyokong CPU Intel Coffee Lake
Siri CPU Intel Coffee Lake bakal hadir di pasaran dunia pada 5 Oktober kelak, dan ASUS baru sahaja mengumumkan siri papan induk Intel Z370 mereka yang terbahagi kepada beberapa siri utama, termasuklah ASUS ROG, ASUS ROG STRIX, ASUS TUF Gaming dan juga ASUS PRIME.
Siri papan induk kelas paling atasan dari ASUS ialah siri ASUS Republic of Gamers, dimana kesemua ciri-ciri terbaru daripada ASUS dapat terlihat. Siri papan induk premium ini hadir untuk mereka yang mahukan prestasi terbaik daripada komputer mereka, tidak kiralah dari segi overclocking, mahupun ciri-ciri terbaru seperti sokongan untuk SSD NVMe, Intel Optane dan juga penambahbaikan kepada teknologi penyalaan lampu RGB Aura Sync.
Papan-papan induk yang bakal hadir dalam siri ini termasuklah ASUS ROG Maximus X Code, Maximus X Hero, Maximus X Formula dan juga papan induk ASUS Maximus X Apex, yang hadir dengan ciri-ciri yang tidak dilihat pada mana-mana papan induk sebelum ini, seperti sebuah skrin LCD yang menunjukkan status papan induk tersebut secara terperinci.
Siri papan induk ASUS The Ultimate Force pula telahpun ditukar fokusnya sebagai siri papan induk tahan lasak kepada papan induk khusus untuk komputer gaming yang hadir pada harga mampu milik, dan dinamakan siri ASUS TUF Gaming. Alasan pihak ASUS mengenai perubahan ini ialah mereka yang membeli papan induk siri ini sebelum ini masih menggunakannya sebagai papan induk khusus untuk tujuan membina komputer untuk permainan.
Siri-siri papan induk di dalam siri ini termasuklah ASUS TUF Z370 PLUS Gaming dan juga ASUS TUF Z370 PRO Gaming. Walaupun papan-papan induk ini menggunakan komponen-komponen yang tahan lasak seperti choke dan kapasitor yang mampu menahani suhu-suhu yang tinggi, ciri seperti Thermal Armor tidak lagi kelihatan pada papan-papan induk TUF Gaming ini.
Jika anda mahu membina komputer dengan rekaan minimalis, tetapi masih mahu mengekalkan prestasi komputer yang cukup tinggi, siri papan induk ASUS PRIME adalah untuk anda.
Melalui siri ini, papan-papan induk yang akan hadir ialah ASUS PRIME Z370-P dan juga ASUS PRIME Z370-A. Ia akan hadir dengan ciri-ciri seperti ASUS AI Suite 3 yang membolehkan pengguna mengubahsuai prestasi CPU dan komputer anda secara mudah, FanXpert 4 pula membolehkan pengguna mengubahsuai kelajuan kipas ataupun radiator jika anda menggunakan sistem penyejukan cecair.
Kesemua papan-papan induk ini akan hadir pada 5 Oktober kelak, tarikh yang sama CPU Intel Coffee Lake bakal dijual. Tanda harga untuk papan-papan induk ini juga akan diumumkan kelak apabila mereka hadir di pasaran pada tarikh tersebut.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xd2OOZ
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment