Hi! Welcome Back and Stay Tune! Hati-hati, dadah Flakka kini dibuat dalam bentuk gula-gula! - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Hati-hati, dadah Flakka kini dibuat dalam bentuk gula-gula!

Hati-hati, dadah Flakka kini dibuat dalam bentuk gula-gula!

Hati-hati, dadah Flakka kini dibuat dalam bentuk gula-gula!

MIAMI, AMERIKA SYARIKAT – Ia nampak seperti gula-gula jeli (gummy), tetapi sebenarnya adalah dadah yang dibuat menyerupai gula-gula bagi mengelakkan dari dikesan oleh pihak berkuasa.

Dengan bentuk yang menyerupai gula-gula itu tetapi kandungan sebenar adalah dadah berbahaya, pengedar dadah dilihat sudah mula menyasarkan golongan kanak-kanak di  daerah ini.
Pakar jenayah, Stephen Snipes, berkata, bahan kimia yang berbahaya itu sedang dijual secara berleluasa di luar dalam bentuk gula-gula jeli dan meminta semua ibu bapa berwaspada dan memantau apa yang dimakan oleh anak-anak mereka.
Dalam satu serbuan pihak narkotik menemui beberapa bungkusan lutsinar kedap udara yang mengandungi bahan berukuran 1 inci yang menyerupai gula-gula. Namun selepas disiasat, bahan itu adalah dadah sintetik menyerupai dadah flakka.
Dadah jenis ini boleh ditelan, dihisap atau disuntik dalam badan yang kemudian menyebabkan  penagihnya berhalusinasi dan mengalami gangguan mental.
“Terdapat banyak masalah perubatan kesan dari pengambilan dadah berbahaya ini,” kata Stephen.
Dalam kes ini, dektektif narkotik berkata, dadah itu kelihatan sama seperti gula-gula jeli bersalut dengan gula membuatkan orang ramai tidak sedar dengan perbezaannya dengan gula-gula jeli yang sebenar.

Difahamkan, itu adalah kes pertama yang dikesan berlaku di daerah itu. Tetapi Flakka telah menjadi masalah yang semakin meningkat di Selatan Florida.

Sukar untuk mengenal pasti dadah yang menyerupai gula-gula jeli itu, namun ibu bapa dinasihatkan memantau anak masing-masing dan sekiranya terdapat sebarang perubahan yang pelik berlaku pada mereka, dapatkan bantuan segera dari pihak hospital.

Dadah Flakka ini merangsang bahagian otak yang mengatur mood, hormon dopamin dan serotonin agar pengguna dadah itu merasa lebih kuat, tidak takut, hilang rasa malu dan menjadi gila.
Penagih yang ketagihan Flakka akan mengalami euforia yang berlebihan, denyutan jantung lebih cepat, kenaikan tekanan darah dan kelakuan berhati-hati yang terlalu berlebihan. Lebih membimbangkan, dadah ini juga boleh menyebabkan kerosakkan otak.
Sumber: TR


Sumber Hati-hati, dadah Flakka kini dibuat dalam bentuk gula-gula!

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yuhyxC

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.