Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kanak-kanak curi bertih jagung Putera Harry jadi tumpuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kanak-kanak curi bertih jagung Putera Harry jadi tumpuan

MEMANG mencuit hati! Gelagat seorang kanak-kanak perempuan 'mencuri' bertih jagung dari tangan Putera Harry minggu lepas ketika perlawanan bola tampar antara United Kingdom dan Denmark mendapat perhatian netizen.

Aksi melucukan itu telah dimuatnaik di saluran YouTube The Royal Family Channel dan sehingga kini sudah ditonton lebih 15 juta kali dan mendapat lebih 7,000 komen.

Emily Henson, 2 tahun, dilihat dengan selambanya mengambil bertih jagung dari pegangan Putera Harry yang sedang leka berbual-bual dengan kapten pasukan Invictus Games United Kingdom, Dave Henson di sebelahnya.

Emily ketika itu sedang berdiri di riba ibunya, Hayley Henson, yang duduk sebelah kanan Putera Harry.

Setelah aksi Emily diperhati, Putera Harry membuat ekspresi muka melucukan kepada Emily.

Ramai yang memuji keletah Putera Harry dan Emily lantas menyifatkan beliau sudah bersedia untuk menjadi seorang bapa yang penyayang.

"Dia akan menjadi seorang bapa yang sangat mengambil berat dan penyayang," tulis Angeliquelovely di ruang komen YouTube.



Untuk rekod, kemunculan Putera Harry ke acara sukan Invictus Games di Toronto, Kanada, pada minggu lalu merupakan kemunculan sulung beliau bersama kekasihnya, Meghan Markle di hadapan khalayak umum.


Teks oleh: Amri Hassan
Sumber: Youtube The Royal Family Channel



Sumber Kanak-kanak curi bertih jagung Putera Harry jadi tumpuan

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yVNQPA

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.