Kemaskini iOS 11.0.3 Boleh Dimuat Turun Bagi Menyelesaikan Masalah Skrin Gagal Berfungsi
Kemaskini iOS 11.0.3 kini boleh dimuat turun pengguna iPhone. Ia dikeluarkan oleh Apple bagi menyelesaikan beberapa masalah yang melibatkan pengguna iPhone 7 dan 6S. Pada iPhone 6S, pemilik yang melaporkan masalah skrin yang tidak responsif. Ini hanya berlaku kepada pemilik yang tidak menggunakan alat ganti skrin asli yang dikeluarkan oleh Apple.
Pada iPhone 7 dan 7 Plus pula, pepijat mengakibatkan timbal balas haptik dan audio tidak berfungsi dengan sempurna. Kemaskini iOS 11.0.3 ini sebesar 285.5 Megabyte sahaja. Amat menarik melihat Apple memberikan kemaskini bagi menyelesaikan masalah yang melanda pengguna yang tidak menggunakan alat ganti skrin asli. Sebelum ini mereka enggan memberikan bateri gantian kepada pengguna di China yang melaporkan masalah kerana pengguna pengecas tidak asli.
✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yil8KD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment