Hi! Welcome Back and Stay Tune! Realiti Kehidupan Selepas Berkahwin Bawah Umur Di Nepal - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Realiti Kehidupan Selepas Berkahwin Bawah Umur Di Nepal

Suntali Thami membesar di sebuah kampung kecil di kaki pergunungan Himalaya. Dia tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah akibat kemiskinan hidup. Semasa berusia 13 tahun, dia dihantar ke Bandar Kathmandu untuk bekerja sebagai tukang cuci piring di sebuah hotel.

Selepas beberapa bulan, pengurus hotel yang jauh lebih tua tertarik kepada kanak-kanak ini, lalu memutuskan untuk mengahwininya. Suntali tidak mahu mengahwininya tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa kerana segala keputusan hidupnya ditentukan oleh keluarga.

Dalam keadaan terpaksa, dia pasrah menjadi isteri dalam usia yang sangat muda. Selepas berkahwin, dia berpindah ke rumah mentuanya di Kampung Sundrawoti.

Menurut Suntali selepas berkahwin suaminya terpaksa menunggu selama 6 minggu sebelum cuba berhubungan intim dengannya.

“Saya tidak tahu apa yang dia buat,” kata Suntali.

“Saya cuba menolak tubuhnya,” katanya lagi.

Tapi suaminya berkeras dan akhirnya mereka ‘bersatu.’

Sejak itu suaminya melakukan hubungan intim dua hingga tiga kali seminggu. Kata Suntali setiap kali melakukannya ia sangat menyakitkan. Dia juga belum bersedia untuk hamil. Tetapi dua tahun kemudian Suntali melahirkan anaknya Durga ketika dia berusia 15 tahun.

Semasa melahirkan Durga, Suntali tidak mengalami sebarang masalah. Tetapi dalam usia semuda ini, memikul tanggungjawab sebagai ibu dan surirumah bukanlah mudah buat Suntali. Lebih-lebih lagi keluarga suaminya juga adalah orang susah.

Dia masih lagi menumpang di rumah mentuanya yang cuma terbuat dari tanah liat dan batu-bata berlantaikan tanah tanpa bekalan elektrik.

Lima bulan yang lalu, kakak ipar Suntali meninggal dunia akibat jangkitan tuberculosis. Kini dia terpaksa menjaga anak sendiri dan tiga orang lagi anak saudaranya.

Suntali terpaksa menjadi ibu tumpang kepada Sita anak saudaranya yang baru kehilangan ibu. Anaknya Durga terpaksa berkongsi susu dengan Sita.

“Air susu saya tidak mencukupi untuk mereka berdua. Jadi saya terpaksa berikan mereka nasi dan gandum,” luahnya.

Menurut ibu muda ini, setiap bulan Durga dan Sita sering terkena jangkitan batuk, demam dan cirit birit. Katanya dia sudah melakukan setakat yang termampu untuk memelihara mereka.

Menurut UNICEF, Suntali adalah salah satu daripada 51 peratus kanak-kanak Nepal yang berkahwin di bawah umur. Amalan ini memberi mengancam kesihatan dan taraf hidup kanak-kanak.

Walaupun perkahwinan bawah umur semakin berkurangan di Nepal, tapi ia masih diamalkan secara meluas di luar bandar terutama keluarga miskin.

Kisah Suntali Thami adalah gambaran biasa bagi realiti kehidupan kanak-kanak bawah umur yang terpaksa berkahwin awal akibat kemiskinan. Tatkala gadis-gadis seusianya di negara lain sedang berseronok bermain gadget, bersembang dalam laman sosial dan duduk di kerusi menghadap guru, Suntali dan gadis-gadis senasibnya pula terpaksa berhempas pulas melakukan kerja rumahtangga yang sepatutnya dilakukan orang yang lebih tua.

Comments

comments



✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gdwM2V

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.