KPDNKK Nafi Harga Minyak Masak Akan Naik
PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menafikan dakwaan harga minyak masak akan naik seperti yang tular di media sosial ketika ini.
Kementerian itu dalam kenyataan hari ini menyatakan kekesalan terhadap tindakan individu yang menularkan semula laporan akhbar China Press bertarikh 19 Okt 2016 tentang kenaikan harga minyak masak.
“Tindakan tersebut dianggap sebagai tidak bertanggungjawab dan menimbulkan suasana panik dalam kalangan pengguna,” kata kementerian itu.
Justeru, semua pihak disarankan supaya merujuk kepada KPDNKK terlebih dahulu untuk mendapatkan kepastian sebelum menyiarkan sebarang kenyataan. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2y6W5GP
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment