Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Akan Memperkenalkan Teknologi Anti-Penipuan Melalui Kemaskini Windows 10 Fall Creators’ Update - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Akan Memperkenalkan Teknologi Anti-Penipuan Melalui Kemaskini Windows 10 Fall Creators’ Update

Kemaskini Windows 10 Fall Creators’ Update akan hadir tidak lama lagi, dan Microsoft baru sahaja mengetengahkan dua ciri-ciri baru berkenaan dengan permainan komputer yang akan hadir melalui kemaskini tersebut.

Kedua-dua ciri baru ini dinamakan TruePlay dan Game Monitor, dan hadir dengan tugas-tugasnya yang tersendiri.

TruePlay merupakan sebuah sistem anti-penipuan yang hampir serupa dengan sistem Valve Anti Cheat. Melalui sistem ini, TruePlay akan memerhatikan aktiviti pemain sewaktu bermain permainan komputer, dan akan mula memberikan amaran kepada pemain jika mereka ditangkap menggunakan sistem penipuan didalam permainan komputer mereka.

Data penipuan tersebut akan dimuat-naik kepada pembina permainan komputer tersebut secara sulit selepas data tersebut dikenalpasti mengandungi maklumat penipuan melalui ciri Game Monitor. Ada juga laporan yang mengatakan bahawa jika ciri Game Monitor ini ditutup, ada permainan komputer yang tidak boleh dimainkan oleh pengguna.

Fall Creators Update dikatakan akan hadir pada 17 Oktober, dan akan hadir dengan pelbagai ciri-ciri menarik, dan perubahan pada UI Windows 10.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gHi9lp

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.