Sudahkah Malaysia Bersedia Menempuh Era ‘Digital Nomad’?
Golongan digital nomad mahukan konsep yang memudahkan mereka menjalankan tugas. (Gambar: Frandroid)
Saluran YouTube yang dimiliki Google Inc contohnya diiktiraf sebagai ‘raja’ digital media buat masa ini. Malah, anda boleh lihat kemunculan ramai anak muda menghasilkan pelbagai kandungan menarik untuk kepuasan diri dan juga tatapan pengguna sosial media. Atas sebab itu juga kini lahir satu terma digelar sebagai ‘digital nomad’.
APA ITU 'DIGITAL NOMAD'?
'Digital nomad' bermaksud individu yang menggunakan sepenuhnya teknologi untuk menyara kehidupan mereka dan pada masa sama mengembara untuk menghasilkan idea dan ‘content’ menarik. Tidak dinafikan cara kerja dalam era digital nomad ini lebih menarik berbanding duduk di hadapan komputer sepanjang hari.
Namun, sebagai ‘digital nomad’, alatan yang canggih amat diperlukan bagi memastikan buah fikiran atau idea dapat diinterpretasi dalam satu platform media. Komputer riba dan kamera digital antara kemestian golongan ini. Samsung Malaysia Electronics (SME) dalam satu taklimat dibentangkan baru-baru ini turut mendedahkan beberapa peranti dan keadah yang memudahkan ‘digital nomad’ berkarya.
SATU PERANTI UNTUK SEMUA TUGAS
Apa yang menjadi impian golongan ini adalah menggunakan peranti canggih yang mampu melunaskan semua tugas seperti membuat cacatan nota, mengambil gambar, merakam video, membuat suntingan asas dan seterusnya memuat naik ke laman sosial. Itu yang diidamkan oleh ‘digital nomad’.
Bagi Samsung, telefon pintar ‘flagship’ mereka seperti Galaxy S8, S8+ dan juga Note 8 mampu menggalas tugas berkenaan. Galaxy Note 8 contohnya, ia mampu menjalankan tugas seperti membuat cacatan biarpun peranti dalam keadaan berkunci menerusi fungsi Screen-off Memo, Screen Write dan Scroll Capture. Selain itu fungsi penghasilan GIF juga mampu dilakukan peranti ini dengan fungsi Smart Select. Penggunaan GIF di laman sosial kini kian menjadi trend 2017!
BUAT DUA TUGAS SERENTAK
Selain menjelaskan apa yang mampu dilakukan digital nomad. Samsung turut membawa personaliti Youtube, JinnyBoy. Sebagai individu berpengalaman dalam era digital nomad, JinnyBoy turut berkongsi fungsi yang menarik perhatiannya sepanjang menggunakan Galaxy Note 8.
Menurutnya, fungsi Multi Window memboleh tugasanya dilakukan dengan lebih produktif. Aplikasi YouTube akan dibuka serentak dengan fungsi nota bagi membolehkan setiap idea Jinny disimpan dalam telefon pintar.
LUPAKAN KOMPUTER RIBA, HANYA 'DEX'
Mungkin kedengaran tidak logik tetapi penyelesaian daripada Samsung menggunakan DeX sebenarnya memudahkan golongan ini melakukan tugas asas komputer. Hanya perlu membawa DeX dan juga peralatan sampingan lain untuk digabungkan mana-mana ‘monitor’ atau televisyen.
Keadah seperti ini dilihat lebih ‘on-the-go’. Tidak lupa juga, anda boleh bermain video menerusi skrin monitor besar yang disambungkan melalui DeX. Anda patut cuba!
Sumber Sudahkah Malaysia Bersedia Menempuh Era ‘Digital Nomad’?
✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gcnXCN
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!






Post a Comment