Hi! Welcome Back and Stay Tune! Moody’s: Kenaikan Kadar Cukai Jualan Jepun Memberi Lebih Banyak Faedah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Moody’s: Kenaikan Kadar Cukai Jualan Jepun Memberi Lebih Banyak Faedah

Agensi Penarafan Perkhidmatan Pelaburan, Moody’s berkata kenaikan kadar cukai jualan akan memberi lebih banyak kelebihan walaupun perdana menteri Jepun, Shinzo Abe akan mengagihkan hasil tambahan tersebut kepada pendidikan dan kebajikan.

“Berapa lama masa yang diambil oleh Jepun untuk mencapai lebihan dalam bajet utama bukanlah perkara yang penting sekiranya kerajaan terus komited dengan perubahan fiskal dalam tempoh masa sederhana”, kata Christian de Guzman, Naib Presiden Penarafan Kredit di Moody’s.

Komen beliau mengurangkan sedikit kebimbangan terhadap masa depan fiskal Jepun selepas Abe berjanji akan meningkatkan perbelanjaan dalam pendidikan dan kebajikan bagi meraih undi dalam snap election pada 22 Oktober nanti.

“Sebelum parlimen dibubarkan, terdapat sedikit ketidakpastian bahawa kenaikan cukai akan berjalan seperti biasa. Faedah (pelan Abe) lebih besar daripada kelemahan”, kata de Guzman lagi.

Penarafan (Rating) Moody’s pada negara Jepun adalah A1, hanya empat darjah di bawah penarafan tertinggi. Pandangan mereka terhadap ekonomi Jepun adalah stabil.

“Peningkatan kadar cukai ini akan menjana hasil sekitar ¥5 trillion, tetapi Abe hanya memperuntukkan sekitar ¥2 trillion untuk pendidikan dan kebajikan, yang mana menyokong dasar fiskal.”, tambah beliau.

Sebelum ini, kerajaan di bawah pemerintahan parti Demokratik Liberal (LDP) mensasarkan pulangan dalam lebihan bajet utama pada tahun 2020. Namun ianya telah ditinggalkan dan hal ini menjadi kebimbangan kecil kepada pasaran apabila melihat tempoh masa tersebut tidak realistik.

Sokongan terhadap Abe sedikit jatuh apabila beliau memanggil pilihan raya lebih awal dan parti baru yang ditubuhkan oleh Yuriko Koike, datuk bandar terkenal daripada Tokyo dilihat mendapat momentum yang mungkin akan memberi cabaran besar kepada LDP.

Parti di bawah Koike ingin menangguhkan kenaikan kadar cukai, yang mana akan memberi kesan negatif kepada dasar fiskal. Namun ramai berpandangan parti beliau tidak akan berjaya membentuk kerajaan.

Ketidaktentuan pada polisi dan ancaman daripada Korea Utara akan memberi kesan negatif kepada Jepun, namun permintaan eksport yang menyokong pertumbuhan ekonomi menyebabkan risiko terhadap penarafan kerajaan Jepun kekal stabil.

The post Moody’s: Kenaikan Kadar Cukai Jualan Jepun Memberi Lebih Banyak Faedah appeared first on MOSHED.COM.



✍ Sumber Pautan : ☕ MOSHED.COM

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xQhLZa

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.