Hi! Welcome Back and Stay Tune! Nassier Wahab sedih dan terkilan Boy Iman ditahan polis - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Nassier Wahab sedih dan terkilan Boy Iman ditahan polis

Penyanyi Datuk Nassier Wahab turut berasa sedih dan berasa terkilan dengan kekecohan berkaitan syarikat perumahan yang diterajui oleh Datuk Boy Iman (DBI) sehingga pelakon itu ditahan polis.

Baca artikel sebelum: Boy Iman ditahan polis bantu siasatan penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta

Nassier yang juga duta kepada syarikat perumahan mampu milik itu berkata, apa yang berlaku adalah di luar jangkaannya dan dia berjanji untuk mencari jalan penyelesaian terbaik dalam masa terdekat.

“Saya masih belum berkesempatan untuk bertemu Datuk Boy kerana baru pulang dari Makkah dua hari lepas. Keadaan kesihatan saya juga tidak mengizinkan untuk berjumpa dengannya. Isu dibangkitkan adalah mengenai syarikat diberi nama DBI Property dan saya pula dilantik menjadi duta untuk syarikat DBI Technology.

“Saya juga dimaklumkan penahanan dia adalah bagi membantu siasatan tentang syarikat lamannya iaitu DBI Property.

“Insya-Allah bila kes ini sudah reda saya akan bertemu Boy Iman untuk membincangkan jalan penyelesaiannya. Saya sendiri berasa sedih dengan apa yang berlaku kerana adalah di luar jangkaan,” ujarnya kepada mStar Online, Selasa.

Nassier diminta mengulas tentang penahanan Boy Iman atau nama sebenarnya Norul Iman Abdul Rahman bersama dua lagi suspek utama di Ampang dan Setapak pada Isnin bagi membantu siasatan berhubung penipuan jualan rumah membabitkan nilai RM6.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Sri Acryl Sani Abdullah Sani mengesahkan pihaknya menerima 188 laporan polis berkaitan penipuan jualan rumah yang dilakukan Syarikat DBI Properties dan Syarikat Juta Kelulut Global Resources.

Dalam pada itu, tambah Nassier, dia berharap segala kekecohan ini akan dapat diselesaikan dengan sebaiknya.

“Saya berdoa kepada Allah agar semua kekusutan yang berlaku ini dapat disesesaikan segera,” ujarnya.

Sumber: Astro Gempak



Sumber Nassier Wahab sedih dan terkilan Boy Iman ditahan polis

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yUQGnO

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.