Perak Harap Bajet 2018 Beri Impak Besar Kepada Negeri
BERUAS – Bajet 2018 yang akan dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Jumaat ini diharap mengambil kira keperluan Perak, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.
Beliau berkata pihaknya percaya bajet itu akan memberi impak besar bukan saja kepada masyarakat, tetapi kepada semua sektor yang ada di Perak.
“Bajet kali ini dijangka menyentuh falsafah pembangunan yang berasaskan daripada hati.
“Perdana Menteri akan bentangkan bajet yang memberi impak kepada semua sektor yang ada dalam masyarakat termasuk di peringkat bawah sama ada peringkat kawasan kampung, bandar dan golongan berpendapatan rendah, sederhana dan lain-lain,” katanya.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Program Teras Pelancongan dan Kebudayaan serta Program Pekan Beruas 100 tahun dan Kenduri Rakyat di Padang Pekan Beruas sempena Permukiman Menteri Besar di Daerah Manjung di sini, hari ini. – BERNAMA
Loading...
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yO8qTW
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment