Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pusat judi dalam talian selindung di sebalik restoran - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pusat judi dalam talian selindung di sebalik restoran

SERDANG: Sebanyak 88 komputer dan 10 mesin simulator bernilai RM200,000 dirampas dalam serbuan di lima premis judi dalam talian di beberapa lokasi di daerah ini menerusi Operasi Waran Geledah (Op Waran Tangkap), petang tadi.

Serbuan kira-kira jam 4 petang oleh sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Serdang itu dilakukan susulan risikan ke atas 30 premis yang disyaki menjalankan kegiatan haram berkenaan sejak beberapa minggu lalu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner Megat Mohamad Aminuddin Megat Alias berkata, kesemua rampasan itu membabitkan serbuan di tiga premis perniagaan di Serdang dan masing-masing satu premis di Puchong serta Serdang.

"Serbuan ke atas 30 premis terbabit dilakukan selepas kita mendapat waran geledah daripada pihak Mahkamah Majistret Petaling Jaya, Isnin lalu.

"Bagaimanapun, daripada 30 premis yang diserbu, hanya lima premis yang didapati positif menjalankan kegiatan judi atas talian secara haram.

"Susulan pemeriksaan, kita merampas 88 komputer yang dijadikan mesin judi atas talian serta 10 mesin simulator perjudian dianggarkan bernilai RM200,000 daripada lima premis terbabit," katanya pada sidang media di sini.

POLIS memecahkan mangga sebuah pusat judi dalam talian dalam serbuan

Katanya, sindiket yang mendalangi kegiatan itu menggunakan modus operandi dengan berselindung di sebalik operasi premis kedai makan.

"Kedai makan akan beroperasi di bahagian hadapan premis dan ada pintu khas untuk masuk ke bahagian dalam yang menempatkan mesin-mesin judi atas talian ini.

"Selain itu ada juga dalam kalangan mereka berlakon dengan menutup kedai tetapi menerima pelanggan sekiranya dibenarkan oleh anggota sindiket," katanya

Beliau berkata, waran geledah terpaksa dipohon bagi membolehkan pihak polis membuat pemeriksaan terhadap premis judi dalam talian yang dipercayai masih aktif menjalankan kegiatan itu walaupun pernah diserbu beberapa kali sebelum ini.

"Berdasarkan keseluruhan pemeriksaan terhadap premis berkenaan, kita mendapati sebahagian besar pusat judi dalam talian sudah tidak beroperasi memandangkan ia sudah dikosongkan.

"Kita akan memohon waran geledah secara berterusan bagi membolehkan kita menjalankan pemeriksaan terhadap premis yang disyaki menjalankan kegiatan judi dalam talian di daerah ini." katanya.

ANTARA lokasi judi dalam talian yang diserbu.



Sumber Pusat judi dalam talian selindung di sebalik restoran

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zDolSk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.