Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah kumpul sumbangan RM1 juta: “Kami belum terima satu sen pun” – Waris mangsa kebakaran
KUALA LUMPUR – Sebahagian ahli keluarga mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah (DQI) mempersoalkan ke mana perginya wang sumbangan yang dikumpul orang ramai selepas tragedi hitam yang meragut 21 nyawal pelajar itu.
Lapor FMT, seorang ibu mangsa yang tidak mahu identitinya didedahkan memberitahu mereka masih belum menerima sebarang sumbangan yang dikumpul dan menuntut agar pengetuanya, Muhammad Zahid Mahmood dapat memberi penjelasan sebaik mungkin.
Difahamkan, Zahid ada mengatakan pusat tahfiz akan menyimpan 30 peratus daripada sumbangan dan selebihnya akan diserahkan kepada kesemua 21 keluarga mangsa yang terkorban, cedera mahupun trauma.
Sementara itu, seorang lagi ibu mendakwa pusat pengajian islam itu sering menganjurkan lawatan-lawatan khas bertemu dengan perdana menteri dan tokoh lain ketika sambutan hari perayaan dan majlis lain.
Katanya lagi, tokoh-tokoh tersebut ada memberikan wang sumbangan kepada para pelajar tahfiz namun pihak DQI hanya membenarkan pelajarnya menerima sebahagian kecil daripada jumlah tersebut.
“Pihak sekolah memegang sejumlah besar demi faktor keselamatan atau kami diberitahu,” katanya.
Terdahulu, Zahid memaklumkan pusat tahfiz itu telah mengumpulkan hampir RM1 juta sumbangan dan merancang untuk memberi apa yang termampu kepada ibu bapa mangsa.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Sumber Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah kumpul sumbangan RM1 juta: “Kami belum terima satu sen pun” – Waris mangsa kebakaran
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wtjP89
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment