Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rodok dada suami hingga mati: Wanita direman enam hari - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rodok dada suami hingga mati: Wanita direman enam hari

MUAR: Seorang wanita yang dipercayai menikam suami sehingga maut dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Pertama Indah, Sungai Abong, di sini semalam diperintah reman selama enam hari oleh mahkamah Majistret Muar hari ini.

Perintah tahanan reman sehingga 20 Oktober depan itu dikeluarkan Majistret Zuraidah Abu Bakar terhadap suspek berusia 18 tahun itu.

BACA: Gara-gara tidak pulang ke rumah, lelaki maut ditikam isteri

Suspek wanita yang juga bekerja sebagai peniaga makanan di pasar malam dan pasar tani sekitar daerah Muar dan Tangkak itu direman bagi membantu siasatan mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membolehkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Terdahulu, suspek yang memakai pakaian lokap polis bewarna jingga dan bertudung tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Muar sekitar 8.30 pagi sebelum dibawa keluar empat jam kemudian.

Semalam Astro AWANI melaporkan, wanita berkenaan ditahan polis selepas dipercayai menikam dada suami yang baru dikahwininya enam bulan lepas, dengan menggunakan sebilah pisau.


Kejadian sekitar 1.43 petang itu dipercayai berlaku apabila suspek tidak berpuas hati selepas mangsa Mohd Firdaus Dsalehuddin, 28, yang bekerja sebagai pemotong ayam di pasar awam, Muar sudah beberapa hari tidak pulang ke rumah pasangan itu di Parit Bunga, Tangkak.

Susulan itu, pihak polis menahan suspek di lokasi kejadian dan merampas senjata yang digunakan.



Sumber Rodok dada suami hingga mati: Wanita direman enam hari

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zae2oT

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.