Hi! Welcome Back and Stay Tune! Azmin Ali: Saya bukan katak, akan terus dengan PKR - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Azmin Ali: Saya bukan katak, akan terus dengan PKR

 15/10/17
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Azmin Ali berkata akan terus dengan PKR, susulan nasihat bekas MB, Tan Sri Dr Abu Hassan Omar untuk beliau menukar parti.

Abu Hassan menasihatkan Azmin yang juga anggota Parlimen Gombak untuk beralih arah atau secara tepatnya menukar partinya kini.
"Azmin ada kebaikannya tersendiri. Saya fikir dia boleh jadi pemimpin yang bagus tapi mungkin dia berada dia kedudukan yang salah. Ya, beliau salah pilih parti," kata Abu Hassan dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini baru-baru ini.

Abu Hassan Omar turut memuji kepimpinan Azmin Ali di negeri itu dan menganggap beliau mempunyai masa hadapan yang cerah dalam politik.
"Susah nak cakap tapi ini pendapat saya yang jelas kita memerlukan seorang pemimpin seperti dia sebagai menteri besar.

"Dia sangat disukai, dia kuat dan saya kenal dia dari kecil," katanya.
Azmin dilantik sebagai menteri besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada September 2014.
Bagaimanapun Timbalan Presiden PKR itu melalui kenyataan kepada Malaysiakini memberitahu beliau tidak berminat dengan pelawaan tersebut.
"Terima kasih atas pujian Tan Sri dan saya terus dengan parti saya.
"Saya bukan katak," tegas beliau.

Istilah 'katak' merujuk kepada tindakan bertukar atau melompat parti yang menjadi amalan politik biasa dalam demokrasi.
Pada September 2017 lalu bekas MB Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib kembali ke pangkuan Umno.

Muhammad yang lebih dikenali dengan nama Mat Taib itu keluar Umno untuk menyertai PAS pada April 2013, dan kemudian menyertai PKR dua tahun kemudian.
Pengumuman kemasukan semula Mat Taib itu dibuat Perdana Menteri merangkap Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak di ibu pejabat Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)
Malaysiakini


✍ Sumber Pautan : ☕ indah.com

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gaUUQ5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.