Hi! Welcome Back and Stay Tune! 'Jika di penghujungnya tetap tiada, Siti redha' - Perkongsian wartawan senior buat ramai sebak - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

'Jika di penghujungnya tetap tiada, Siti redha' - Perkongsian wartawan senior buat ramai sebak

SEHEBAT nama Siti Nurhaliza di pentas seni, sehebat itu jugalah dugaan yang diberikan kepadanya. Namun figura ini cukup dewasa dan matang dalam berdepan dengan situasi.

Wartawan akhbar Utusan Malaysia, Datuk Tengku Khalidah Tengku Bidin, semalam memuat naik satu perkongsian ke Facebook yang memberi bayangan kepada kita mengapa Siti diuji sebegitu rupa.

Jawapannya, kerana dia cukup hebat dalam menerima dugaan yang sebegitu rupa.

Kata Tengku Khalidah, ketika berpeluang berbual dengan Siti hujung tahun lalu, seperti biasa, persoalan tentang zuriat dibangkitkan.

Ceritanya, biarpun isu tersebut sensitif dibicarakan, namun Siti tetap tidak menolak untuk memberi jawapan.

Mungkin selepas lebih 10 tahun menunggu, Siti ketika itu sudah sampai ke tahap bersedia menerima apa sahaja yang ditakdirkan buatnya dan suami.


"Kalau ditakdirkan tak ada rezeki untuk Siti mengandung, tak ada rezeki untuk ada zuriat sendiri, Siti dah redha.

"Siti takkan kalah berusaha dan berdoa. Tetapi jika di penghujungnya jawapannya tetap tiada, Siti redha," itu kata-kata Siti yang masih terngiang-ngiang di telinga Tengku Khalidah.

BACA: 'Siapa kata kami tak cuba sebelum ini' - Siti Nurhaliza


Jawapan Siti meninggalkan bekas di hati wartawan senior itu, yang menyifatkan Siti insan yang cukup hebat dalam menerima apa sahaja takdir Tuhan.

"Dia sangat tahu apakah maknanya menjadi seorang hamba yang tertakluk kepada Qada' dan Qadar yang diberikan Allah.

"Ini juga doa seluruh rakyat Malaysia dan semoga cerita indah ini berkekalan dan pada Mac nanti wajah bayi yang pastinya comel, sama-sama kita tatapi," tulis Tengku Khalidah.

Siti pada Jumaat mengumumkan dia hamil empat bulan selepas menjalani prosedur kesuburan di sebuah pusat fertiliti.



Sumber 'Jika di penghujungnya tetap tiada, Siti redha' - Perkongsian wartawan senior buat ramai sebak

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zaeuU8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.