Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kemenangan 2 anugerah utama APM 2017 jadi pembakar semangat Dayang Nurfaizah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kemenangan 2 anugerah utama APM 2017 jadi pembakar semangat Dayang Nurfaizah

"KEMENANGAN ini sangat besar maknanya bagi saya, apatah lagi ia mengiktiraf hasil kerja penyanyi dan lagu dari rantau nusantara."
 
Dayang Nurfaizah juga menyifatkan kemenangan dua anugerah utama kategori terbaik di majlis Anugerah Planet Muzik 2017 (APM2017) berlangsung di MES Theatre at Mediacorp, sebagai pembakar semangat untuk melebarkan bakat ke negara jiran.
 
Dayang mengungguli anugerah Artis Terbaik Wanita dan Lagu Terbaik Malaysia menerusi lagu yang turut menjadi juara di Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31), Lelaki Teragung. KLIK UNTUK SENARAI PENUH PEMENANG APM 2017
 
Turut bersaing bersama Dayang dalam kategori Artis Terbaik Wanita penyanyi popular dari Indonesia, Isyana Sarasvati, Aisyah Aziz (Singapura) dan Raisa (Indonesia).
 
Bagi kategori Lagu Terbaik Malaysia turut bersaing dengan Lelaki Teragung, Jampi dendangan Hael Husaini, Dirghahayu (Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza), Selamanya Cinta (Shila Amzah dan Alif Satar) dan Andainya Takdir (Anuar Zain).
 
Dayang bagaimanapun tidak dapat hadir ke APM 2017 kerana terikat dengan tuntutan kerja yang sudah dipersetujui lebih awal.
 
"Saya mengambil kesempatan atas kemenangan ini untuk merakamkan terima kasih kepada pihak juri di APM 2017 dalam menilai bakat dan karya yang saya ketengahkan.
 
"Saya turut dedikasikan kemenangan ini kepada semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung sehingga membolehkan saya mahupun lagu Lelaki Teragung mencapai banyak kejayaan di dalam mahupun luar negara," katanya.
 
Selain kategori Artis Terbaik Wanita dan Lagu Terbaik Malaysia, Dayang Nurfaizah turut tercalon dalam kategori lain iaitu Lagu Paling Popular dan Artis Paling Popular APM 2017.
 

Sumber Kemenangan 2 anugerah utama APM 2017 jadi pembakar semangat Dayang Nurfaizah

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2kQE4uQ

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.