Hi! Welcome Back and Stay Tune! PPIM dakwa terima aduan gitaris legend songlap duit pelabur, guna artis-artis terkenal sebagai duta utama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

PPIM dakwa terima aduan gitaris legend songlap duit pelabur, guna artis-artis terkenal sebagai duta utama

GITARIS LEGEND SONGLAP DUIT PELABUR”

Baru-baru ini Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima beberapa aduan berkaitan isu PENIPUAN PELABURAN yang melibatkan jumlah kerugian anggaran mencecah RM 60 JUTA hingga RM 100 JUTA.

 

 

No automatic alt text available.

Image may contain: one or more people and text

 

 

No automatic alt text available.

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor

 

Image may contain: 3 people, people standing, tree and outdoor

PPIM dakwa terima aduan gitaris legend songlap duit pelabur, guna artis-artis terkenal sebagai duta utama

PPIM dakwa terima aduan gitaris legend songlap duit pelabur, guna artis-artis terkenal sebagai duta utama

Image may contain: 3 people, people sitting and indoor

 

 

SYARIKAT GLOBAL TIJARI HOLDING BHD (GTHB), yang diterajui oleh seorang GITARIS LEGEND (Jurucakap GTHB) dan AHLI KELUARGANYA sudah memulakan program pelaburan ini sejak bulan JANUARI 2016 lagi.

Malahan, PPIM menerima laporan bahawa anak GITARIS LEGEND terbabit pernah DIDAKWA dan DITANGKAP pada SEPTEMBER 2017 atas kesalahan penipuan pelaburan yang sama tetapi DIBEBASKAN oleh jaminan PIHAK POLIS.

Modus operandi yang digunakan oleh syarikat terbabit cukup mudah dengan MENAWARKAN kesemua mangsa untuk menjadi RAKAN KONGSI dan dijanjikan pulangan KEUNTUNGAN sebanyak 20% sehingga 30% dari MODAL pelaburan yang dimasukkan kedalam akaun bank milik syarikat terbabit.

GITARIS LEGEND terbabit juga telah mengadakan MAJLIS PELANCARAN syarikatnya di beberapa buah negeri dan telah DIUAR-UARKAN oleh beberapa media massa menjadikan kesemua mangsa meletakkan KEPERCAYAAN penuh terhadap syarikat terbabit.

Malahan, PPIM juga dilaporkan bahawa syarikat terbabit telah menggunakan ARTIS-ARTIS terkenal tanah air sebagai DUTA utama. Tambahan lagi, sebuah syarikat KOPERASI turut dipergunakan bagi menarik MINAT dan KEPERCAYAAN kesemua mangsa untuk melabur kepada syarikat terbabit.

Dilaporkan sehingga kini, sekurang-kurangnya 8500 orang INDIVIDU telah menjadi mangsa dengan menandatangani beberapa DOKUMEN dan SURAT SOKONGAN palsu sebelum mangsa memulakan pelaburan.

Tambahan lagi, mangsa juga dijanjikan mendapat pulangan semula MODAL pelaburan utama selepas tempoh MATANG perjanjian kontrak yang diikat selama 1 TAHUN.

Menurut aduan kesemua mangsa juga, syarikat terbabit MENERIMA sekurang-kurangnya RM3,000 (jumlah minimum pelaburan) sehingga RM1.2 JUTA (jumlah maksimum pelaburan) sepanjang tempohnya beroperasi dengan perjanjian yang diikat secara berasingan iaitu 4 bulan, 8 bulan atau 12 bulan.

Namun, mangsa hanya BERPUTIH MATA apabila tiada sebarang pulangan keuntungan yang diterima bermula pada bulan NOVEMBER 2016 sehingga kini.

Hari ini telah berlangsungnya perjumpaan diantara beberapa orang wakil mangsa bersama Pengerusi Biro Undang-Undang PPIM, Hishammudin Hashim, bagi khidmat nasihat dan perbincangan mencari jalan penyelesaian bagi menangani isu ini dari terus berlarutan.

Laporan Oleh, 
Shariena Mohamad Azli

“GITARIS LEGEND SONGLAP DUIT PELABUR” Baru-baru ini Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menerima beberapa aduan…

Posted by TV PPIM on 13hb Oktober 2017

Sumber: TV PPIM



Sumber PPIM dakwa terima aduan gitaris legend songlap duit pelabur, guna artis-artis terkenal sebagai duta utama

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ypEGwv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.