Hi! Welcome Back and Stay Tune! Falisha Crossley Dikurniakan Puteri Sulung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Falisha Crossley Dikurniakan Puteri Sulung

PELAKON Falisha Crossley selamat melahirkan bayi perempuan pada pukul 4.11 petang pada Jumaat.

Falisha, 31, berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Instagram miliknya sambil meluahkan rasa syukur dikurniakan cahaya mata.

Menurut Falisha, dia memilih nama Nur Raysha Mikhayla untuk anaknya yang merupakan gabungan namanya dan juga suami, Mohamad Rafiq, 32.

“Alhamdulillah, Nur Raysha Mikhayla Bt Mohamad Rafiq. Nur – cahaya, Raysha – gabungan nama mummy dan daddy Rafiq + Falisha yang membawa maksud puteri/pemimpin.
“Mikhayla – anugerah Allah. Lahir Jumaat, 6 Oktober 2017, 4.11 petang, 3.25 kilogram,” kata Falisha.

Ruang komen foto tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah dan mendoakan Falisha serta bayinya dalam keadaan sihat.

“Alhamdulillah, tahniah @falishacrossley dan suami. Semoga jadi anak soleha ibu dan baby sihat selalu ya,” kata salah seorang pengikut di Instagramnya.

Terdahulu, Falisha dan Rafiq yang merupakan seorang juruterbang mengikat tali pertunangan pada 27 Ogos tahun lalu.

Pasangan ini melangsungkan perkahwinan mereka pada 2 Januari di Masjid Darul Hana, Kuching selepas genap setahun menjalinkan hubungan cinta.

The post Falisha Crossley Dikurniakan Puteri Sulung appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gkYHhc

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.