Moto2: Hafizh Syahrin menakjubkan, raih tempat ketiga di GP Jepun!
Pelumba Petronas Raceline Malaysia berusia 23 tahun itu mencatatkan masa 32 minit 12.035 saat melibatkan perlumbaan 15 pusingan manakala dua pelumba Sepanyol - Alex Marquez dari EG 0,0 Marc VDS dan Xavi Vierge dari Tech 3 Racing mendapat tempat dua teratas.
Marquez merekodkan masa 32:08.901s dan Vierge mencatat 32:10.366s.Kejayaan ini merupakan kemenangan podium kedua Hafizh Syahrin selepas memenangi kedudukan yang sama di Grand Prix San Marino di Litar Dunia Misano di Itali bulan lepas.
Hafizh Syahrin mengumpul 16 mata dan memperoleh tempat ke-10 keseluruhan dalam kategori Moto2, dengan 82 mata selepas 15 perlumbaan musim ini.
Seorang lagi pelumba Malaysia, Khairul Idham Pawi dari Idemitsu Honda Team menamatkan perlawanan pada tangga ke-23 dengan masa 32:59.432s.
Sumber Moto2: Hafizh Syahrin menakjubkan, raih tempat ketiga di GP Jepun!
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2glFY5g
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment