Hi! Welcome Back and Stay Tune! Rampasan telefon bimbit bongkar rahsia ‘persetubuhan’ pelajar perempuan 15 tahun dengan pakwe kenal dari wicet - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Rampasan telefon bimbit bongkar rahsia ‘persetubuhan’ pelajar perempuan 15 tahun dengan pakwe kenal dari wicet

Tindakan seorang guru disiplin merampas telefon bimbit seorang pelajar perempuan berusia 15 tahun di sebuah sekolah di bandar raya ini membongkar rahsia pelajar itu melakukan hubungan seks dengan kekasihnya sejak Disember lalu.

Perbuatan pelajar tingkatan tiga itu terbongkar pada 29 September lalu apabila guru disiplin terbabit menemui gambar pelajar terbabit bersama seorang lelaki berbaring di atas katil di lokasi yang tidak diketahui.

Berikutan itu, pihak sekolah memanggil ibu gadis berkenaan berusia 52 tahun dan mendedahkan perbuatan anak perempuannya sebelum satu laporan polis dibuat berhubung kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuching Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, bertindak atas laporan, polis menahan seorang lelaki berusia 24 tahun yang dipercayai memperkosa pelajar terbabit.

Menurutnya, lelaki terbabit ditahan sepasukan anggota polis di Jalan Wan Abdul Rahman, di sini, kira-kira jam 10 pagi, Khamis lalu.

“Polis turut merampas dua telefon bimbit milik suspek dan siasatan awal membawa kepada pengakuan suspek merogol mangsa.

“Suspek mengaku mengadakan hubungan seks dengan mangsa di sebuah rumah di Jalan Padungan di bandar raya ini sejak Disember 2016 dan kali terakhir pada 17 September lalu,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Abang Ahmad berkata, pihaknya difahamkan mangsa mengenali suspek sejak Disember lalu melalui aplikasi WeChat dan mereka sering keluar bersama.

Katanya, mangsa juga memaklumkan dia kerap ponteng sekolah untuk keluar bersama suspek.

“Hasil saringan ujian air kencing terhadap suspek juga mendapati lelaki itu positif dadah jenis methampetamin. Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Sumber: Harian Metro



Sumber Rampasan telefon bimbit bongkar rahsia ‘persetubuhan’ pelajar perempuan 15 tahun dengan pakwe kenal dari wicet

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2xHds5F

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.