Penjaga Gol Terkemuka Indonesia, Choirul Huda Meninggal Dunia Selepas Bertembung Dengan Rakan Sepasukan
Penjaga gol lagenda Indonesia, Choirul Huda, meninggal dunia ketika sedang bermain dalam perlawanan ketika pasukannya, Persela Lamongan sedang menentang pasukan Semen Padang dalam Liga Indonesia.
Arena bola sepak Indonesia dikejutkan dengan berita bahawa penjaga gol itu meninggal dunia setelah berlakunya perlanggaran antara dia dan rakan sepejuangannya.
Penjaga gol berusia 38 tahun itu rebah ketika minit-minit akhir separuh masa pertama.
Difahamkan, penjaga gol itu bertembung dengan Ramon Rodrigues ketika mahu menyelamatkan bola dari penyerang Semen Padang, Marcel Sacramento.
Menerusi video kejadian, boleh dilihat kaki Rodrigues terkena pada bahagian dada Choirul.
Ambulan kemudiannya dipanggil sebelum dibawa ke hospital tempatan.
Selepas permainan tamat, jurulatih Persela Aji Santoso mengesahkan Huda meninggal dunia.
✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2idHPKa
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment