Hi! Welcome Back and Stay Tune! Remaja ditahan polis kerana mahir buat bom rupanya pelajar cemerlang di sekolah dan tiada masalah disiplin - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Remaja ditahan polis kerana mahir buat bom rupanya pelajar cemerlang di sekolah dan tiada masalah disiplin

PASIR PUTEH 14 Okt. – Remaja yang dipercayai memiliki kemahiran membuat bom yang ditahan polis bersama beberapa lagi suspek dalam beberapa operasi berasingan di negeri ini sejak Selasa lalu dipercayai masih me­nuntut di sebuah sekolah mene­ngah di bandar ini.

 

Remaja ditahan polis kerana mahir buat bom rupanya pelajar cemerlang di sekolah dan tiada masalah disiplin

Remaja ditahan polis kerana mahir buat bom rupanya pelajar cemerlang di sekolah dan tiada masalah disiplin

 

 

Menurut sumber, remaja berumur 19 tahun dan menuntut di tingkatan enam atas itu merupakan pelajar pintar yang sebelum ini tidak menunjukkan sebarang masalah disiplin di sekolah.

Katanya, suspek juga sering ke masjid di kampungnya dan tidak menunjukkan sebarang kelakuan yang pelik.

“Ketika peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia salah seorang pelajar cemerlang dan guru-gurunya menyifatkan dia seorang pelajar yang baik dan cemerlang dalam akademik.

“Sebelum ini, dia tidak ada sebarang masalah. Dia juga pandai bergaul dengan kawan-kawan dan penduduk di kampungnya,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Sementara itu, tinjauan Ming­guan Malaysia mendapati rumahnya tiada penghuni dan jiran-jirannya memberitahu mereka tidak tahu ke mana ibu bapanya pergi.

Difahamkan, pelajar itu bersama dua lelaki ditahan sepasukan anggota polis dari Bukit Aman di kawasan bulatan Jalan Bypass dekat sini sebelum dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Pasir Puteh kira-kira pukul 4.30 petang Selasa lalu.

Ketiga-tiga mereka dikatakan diterbangkan dengan sebuah helikopter polis ke Kuala Lumpur pada hari yang sama dengan kawalan yang ketat.

Akhbar hari ini melaporkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun mengesahkan penahanan beberapa individu termasuk remaja terbabit semalam berkata.

Maklumat lengkap penahanan itu akan disediakan dalam tempoh tiga hari lagi kerana siasatan masih dijalankan polis.

Sumber: Utusan


Sumber Remaja ditahan polis kerana mahir buat bom rupanya pelajar cemerlang di sekolah dan tiada masalah disiplin

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2gcW5ye

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.