Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Saya Bukan Katak” – Azmin Ali - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Saya Bukan Katak” – Azmin Ali

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin mendakwa beliau tidak berhasrat untuk menyertai parti lain

Beliau yang dilihat semakin cenderung kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad mutakhir ini mendakwa dirinya bukan seekor katak kerana hanya katak akan melompat parti.

“Terima kasih atas pujian Tan Sri dan saya terus dengan parti saya. Saya bukan katak,” katanya di laman Facebook hari ini.

Beliau merujuk kenyataan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Dr Abu Hassan Omar bahawa Mohamed Azmin berada dalam parti politik yang salah.

Abu Hassan yang juga Yang di-Pertua Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Selangor berkata, Mohamed Azmin “dikawal oleh pihak tertentu” selaku Menteri Besar.

PKR merupakan salah sebuah anggota parti Pakatan Harapan yang diketuai DAP dan dibarisi Parti Amanah Negara (PAN) serta Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)

Ironinya, ramai dalam kalangan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan merupakan mereka yang pernah melompat parti terutama dalam kalangan pemimpin PAN.

Mohamed Azmin menjadi Menteri Besar Selangor selepas berjaya menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim pada September 2014. – Mynewshub.cc

Loading...



✍ Sumber Pautan : ☕ Siakapkeli

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zbohce

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.