Hi! Welcome Back and Stay Tune! Jana wang sendiri, Pengakap sasar hotel 30 tingkat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Jana wang sendiri, Pengakap sasar hotel 30 tingkat

Ketua Persuruhjaya Pengakap Negara Datuk Dr Mohd Zin Bidin ketika berucap pada Majlis Penutup Bengkel Pemfailan Standard Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) di Kuala Lumpur 15 Oktober 2017. — Foto BernamaKetua Persuruhjaya Pengakap Negara Datuk Dr Mohd Zin Bidin ketika berucap pada Majlis Penutup Bengkel Pemfailan Standard Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) di Kuala Lumpur 15 Oktober 2017. — Foto BernamaKUALA LUMPUR, 15 Okt — Persekutuan Pengakap Malaysia (PPM) merancang membina sebuah hotel 30 tingkat dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi memastikan organisasi itu mampan dan mampu menjana pendapatan menerusi perniagaan.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Mej Jen (B) Prof Datuk Dr Mohd Zin Bidin berkata bangunan PPM sedia ada di Rumah B-P, Jalan Hang Jebat di sini akan dirobohkan dan digantikan dengan hotel itu.

“Anggota PPM berpendapat pembinaan hotel itu harus dilakukan berikutan pembangunan pesat yang berlaku di sekeliling kawasan bangunan PPM sekarang.

“Ia dapat meningkatkan imej PPM menjadi sebuah organisasi berwibawa kerana menjana pendapatan dengan usaha sendiri,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Bengkel Pemfailan PPM di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Zin berkata pada masa ini, proses pindah milik tanah masih berjalan dan apabila selesai kelak, tanah itu akan diserahkan atas nama PPM.

Katanya pelan pembinaan hotel telah siap sementara kontraktor juga telah dilantik dan kini hanya  menunggu kelulusan Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan untuk meneruskan projek itu.

Mohd Zin berkata selain pembinaan hotel, PPM turut merancang menaik taraf Kem PPM di Bagan Lalang, Selangor untuk dijadikan pusat pembelajaran dikenali sebagai Akademi Pengakap Negara yang menawarkan kursus peringkat diploma dan lain-lain kursus berkaitan pengakap.

Bagaimanapun, beliau berkata pihak PPM perlu mendapatkan peruntukan daripada kerajaan sebelum meneruskan usaha naik taraf itu.

“PPM turut mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa dengan Scouts Australia Institute of Training, kerana mereka mempunyai pengalaman menawarkan pembelajaran peringkat diploma dan sijil dalam kepimpinan dan pengurusan serta lain-lain kursus berkaitan pengakap,” katanya.

Beliau berkata PPM juga akan mencari rakan strategik dalam kalangan universiti tempatan  untuk  menawarkan  kursus pembelajaran tersebut.

Dalam pada itu, PPM turut merancang untuk membina sebuah muzium PPM namun lokasi dan tempoh pembinaan muzium masih belum ditetapkan lagi kerana ia masih di peringkat perancangan, katanya. — Bernama



Sumber Jana wang sendiri, Pengakap sasar hotel 30 tingkat

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ysrLu9

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.