Hi! Welcome Back and Stay Tune! Ahli perniagaan bergelar datuk dipanggil bantu siasatan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Ahli perniagaan bergelar datuk dipanggil bantu siasatan



KOTA KINABALU - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah hari ini memanggil seorang ahli perniagaan bergelar 'Datuk' bagi membantu siasatan berhubung penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah.

Menurut sumber, ahli peniagaan berkenaan dikatakan mempunyai sekurangnya-kurangnya tujuh syarikat di bawah kawalannya, termasuk miliknya sendiri, yang mendapat kontrak daripada Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Selain tujuh syarikat berkenaan, ahli perniagaan itu juga ada meminjam lesen daripada rakan-rakannya dengan membayar ‘involvement fee’ sebanyak RM30,000 bagi setiap lesen.

"Tujuan peminjaman lesen adalah memenuhi tuntutan syarat kelayakan tender terhad iaitu 10 syarikat bagi satu projek yang dipohon," menurut sumber berkenaan.

Timbalan Pesuruhjaya (Operasi) Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan individu tersebut telah dipanggil untuk diambil keterangan tetapi enggan mengulas lanjut. – Bernama


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ypGsxU

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.