5 Hotel Paling Pelik di Dunia
Setiap hotel di dunia adalah lebih kurang sama sahaja. Apa yang membezakannya adalah rekaan dalamannya. Sekiranya anda ingin merasa sesuatu kelainan, terdapat beberapa hotel di seluruh dunia yang menjanjikan pengalaman yang sangat unik seperti hotel di dalam air dan hotel di atas pokok.
Kali ini, kami ini berkongsi beberapa hotel di seluruh dunia yang sememangnya pelik dan sangat unik.
1. Manta Resort
Manta Resort terletak di Pemba Island, sebuah pulau yang sangat privasi di Tanzania. Ianya menyediakan bilik penginapan yang terletak di dalam air berdindingkan gelas kaca. Air yang sangat bersih dan jernih membolehkan anda melihat ikan-ikan berenang sambil berehat dan bersantai di dalam bilik.
Pada waktu malam, lampu-lampu pada dinding kaca akan menarik perhatian ikan-ikan dan binatang hidupan laut yang lain, membolehkan pengunjung melihatnya secara dekat. Antara kemudahan lain yang disediakan disini adalah spa dan scuba diving. Manta Resort merupakan sebuah hotel yang menjanjikan pengalaman yang sangat unik.
2. Golden Crown Levin Iglut
Teringin hendak tidur di dalam igloo seperti yang biasa dilihat dalam filem luar negara? Golden Crown Levin Iglut adalah tempatnya. Hotel ini menyediakan 18 buah igloo yang dibina dengan dinding kaca. Hotel ini terletak kira-kira 9.5 km daripada bandar Levi, Iceland.
Setiap bilik atau igloo ini juga dilengkapi dengan kemudahan dapur memasak, tandas dan sebagainya. Dindingnya yang diperbuat daripada kaca juga dibina dengan bahan insulasi yang baik untuk mengekalkan cuaca yang optimum di dalam bilik. Alangkah seronoknya dapat tidur sambil melihat langit.
3. Free Spirit Spheres
Sekiranya anda ingin suasana tenang di dalam hutan, bolehlah ke Free Spirit Spheres yang terletak di British Columbia, Kanada. Hotel dengan bilik yang berkonsepkan rumah kayu ini menyediakan bilik berbentuk sfera yang tergantung di antara pokok-pokok.
Terdapat 3 jenis saiz bilik yang ditawarkan dan hotel ini dibuka sepanjang tahun. Kemudahan tandas disediakan di luar bilik dan antara kemudahan lain yang disediakan adalah dapur, sauna dan WiFi.
4. Hotel Costa Verde, Costa Rica
Hotel Costa Verde ini dibina daripada rangka kapal terbang lama pesawat Boeing 727 tahun 1965. Walaupun rekabentuk luaran pesawat masih dikekalkan, rekabentuk dalamannya telah diubah suai menjadi bilik hotel yang lengkap dengan pelbagai kemudahan.
Hotel ini terletak di Taman Negara Manuel Antonio di Costa Rica dan menghadap Lautan Pasifik yang menjanjikan ketenangan dan pemandangan yang sangat cantik kepada pengunjung. Setiap bilik juga menyediakan kemudahan lengkap seperti penghawa dingin, tandas, dapur dan sebagainya.
5. No Man's Fort
No Man's Fort atau Solent Fort adalah bekas kubu yang dibina kira-kira 160 tahun dahulu dan terletak di kawasan laut Portsmouth. Pada zaman dahulu, ianya digunakan sebagai hab bagi kapal bagi menghalang kemasukan tentera Perancis dan digunakan sebagai kubu pertahanan semasa Perang Dunia pertama dan kedua.
Setelah ditamatkan fungsinya sekitar tahun 1956, pada tahun 2009 kubu ini kemudiannya diubahsuai menjadi sebuah hotel bertaraf 4 bintang. Ianya mempunyai 23 buah bilik lengkap dengan kemudahan seperti kolam air panas, bilik rehat dan sebagainya. Hotel ini hanya boleh diakses melalui hotel dan helikopter.
Kredit:
- National Geographic
- Reader's Digest
- The Telegraph
✍ Sumber Pautan : ☕ BeautifulNaara
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yrhzSD
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment