Salah main bola seluar pendek, tapi kita masih dakwah, kata Jaheaik
KOTA BHARU, 3 Okt — Tiada tindakan terhadap pemain bola sepak kerana berseluar pendek paras atas lutut sekalipun pemakaian itu satu kesalahan.
Ketua penolong pengarah (penguatkuasaan) Jaheaik berkata mereka dalam peringkat berdakwah dan memberi kesedaran, lapor Berita Harian.
"Bagaimanapun, kita dalam peringkat berdakwah dan memberi kesedaran pada orang ramai, setakat ini tiada tindakan yang diambil terhadap mereka (pemain bola sepak)," kata Mohd Fadzuli Mohd Zain.
Pengarah Jaheaik berkata umat Islam yang berseluar pendek di negeri ini boleh didenda maksimum RM1,000 atau penjara enam bulan atau kedua-duanya.
Datuk Che Mohd Rahim Jusoh, berkata pemakaian itu tidak sopan dan boleh dihukum mengikut Seksyen 5(1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan 1985.
"Saya meminta semua pihak tidak menjadikan perkara ini sebagai isu besar atau mencipta konflik antara orang Islam dan bukan Islam di negeri ini," katanya.
Pada 25 September lalu, seorang lelaki, 30, ditahan dan diberi notis ke kaunseling kerana berseluar pendek menuju gelanggang futsal.
Sumber Salah main bola seluar pendek, tapi kita masih dakwah, kata Jaheaik
✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2fMW5sr
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment