Hi! Welcome Back and Stay Tune! Samsung Dijangka Menjana Sekitar RM465 Untuk Setiap Jualan iPhone X - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Samsung Dijangka Menjana Sekitar RM465 Untuk Setiap Jualan iPhone X

Apple sedia mengumumkan iPhone X sebelum ini, dan dijangka mula menjualnya di Amerika Syarikat bermula November pada harga $1000. Walaupun Apple sering dibandingkan dengan Samsung, namun, sekiranya jualan iPhone X meletup, ia turut menguntungkan pihak Samsung pada masa yang sama.

Menurut laporan yang hadir hari ini daripada analisa Counterpoint Technology, ia dikatakan Samsung mungkin menjana sekitar $110 (~RM465) untuk setiap jualan iPhone X. Ini adalah kerana Samsung yang menawarkan panel OLED, memori dan beberapa komponen lain untuk digunakan dan dipasang pada iPhone X.

iPhone X

Apple disasarkan untuk menjual sekitar 130 juta unit telefon iPhone X menjelang 2019 kelak, dan melaluinya, Samsung dijangka menerima bayaran mencapai berbilion ringgit.

Pada analisa sama, perbandingan kasar dibuat dengan siri Galaxy S8 – mengatakan yang mana Samsung mungkin menjana pendapatan lebih tinggi melalui penyediaan komponen untuk iPhone X berbanding dengan jualan Galaxy S8 mereka tersendiri. Hal ini adalah kerana, Samsung dikatakan menjana sekitar $202 untuk setiap Galaxy S8, dan ia dijangka dijual sekitar 50 juta unit sahaja – berbanding dengan $110 untuk iPhone X dengan sasaran jualan sekitar 130 juta unit.

Seperti biasa, ini sekadar analisa awal, dan ia menggunakan angka anggaran dan bukannya angka sebenar daripada pihak Samsung.

Walaubagaimanapun, secara keseluruhan boleh dikatakan yang mana sekiranya jualan iPhone X menjadi tinggi, ia turut akan menguntungkan pihak Samsung.



✍ Sumber Pautan : ☕ Amanz

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ykLvR7

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.