Hi! Welcome Back and Stay Tune! Selepas Puteri, TMJ Sambut Puteranya Yang Pertama - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Selepas Puteri, TMJ Sambut Puteranya Yang Pertama


JOHOR BAHRU: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan isteri, Che’ Puan Khaleeda Bustamam, selamat menyambut anak kedua mereka, seorang putera pada hari ini.

Berita gembira tersebut diumumkan menerusi laman Facebook rasmi ‘Johor Southern Tigers‘ kira-kira pukul 10.37 pagi Sabtu dan bayi berkenaan diputerakan kelahirannya di Wad Diraja, Hospital Sultanah Aminah di sini.

Pengumuman melalui laman sosial itu menyebut: “Merafak syukur kepada Allah SWT dan setinggi-tinggi tahniah kepada DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor dan YM Che Puan Khaleeda.

“Ia atas keputeraan waris kepada takhta kerajaan Johor pada 14hb Oktober 2017 di Wad Diraja, Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru. YM Che Puan Khaleeda dan puteranya berada dalam keadaan sihat walafiat.

Baginda turut memuat naik foto menujukkan keadaan isterinya di atas katil sambil mengendong bayi menerusi akaun Facebook itu kira-kira pukul 12.08 tengah hari Sabtu yang menerima reaksi positif netizen.

Anakanda pasangan diraja ini, yang juga merupakan pewaris takhta Kesultanan Johor, adalah cucunda kedua Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar sendiri, lapor portal berita The Star.

Berita ini turut disiarkan menerusi kenyataan daripada Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli yang mengesahkan putera Tunku Ismail tersebut sebagai waris tahkta kerajaan negeri.

TMJ yang berusia 33 tahun itu dan isterinya, 24 tahun, bernikah pada 24 Oktober 2014. Anak sulung mereka, seorang puteri, Tunku Khalsom Aminah Sofiah dilahirkan pada 25 Jun tahun lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


✍ Sumber Pautan : ☕ SARAWAKIANA

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2yLS1R8

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.