Hi! Welcome Back and Stay Tune! Syamel mahu cipta nama di China - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Syamel mahu cipta nama di China

PENYANYI Syamel bakal mewakili negara pada acara ABU TV Song Festival 2017 yang akan berlangsung di Chengdu, China pada 1 November depan.

Syamel, 24, mengakui sangat teruja diberi kepercayaan mewakili negara dan berkongsi pentas dengan wakil negara Asia Pasifik lain.

“Apabila diberitahu saya terpilih mewakili Malaysia, memang perasaan sangat teruja dan terharu dengan kepercayaan yang diberikan itu.

“Memang berdebar juga, tapi saya sudah sedia untuk menunjukkan kemampuan sebenar. Saya berharap dapat membanggakan Malaysia,” katanya.

Bercerita mengenai persiapannya, Syamel berkata, dia akan menyanyikan lagunya berjudul Lebih Sempurna.

Dia juga akan menyuntik sedikit perubahan dalam persembahannya nanti.

“Disebabkan ia berlangsung di China, saya mungkin akan menukar sedikit lirik kepada bahasa Mandarin.

“Saya akan berada di sana selama seminggu, jadi saya tidak mahu lepaskan peluang untuk mencari ruang mengembangkan nama saya. Saya tidak mahu melepaskan peluang keemasan itu, manalah tahu selepas ini dapat menembusi pasaran antarabangsa pula,” katanya.

Selain Malaysia, festival itu turut menampilkan persembahan peserta dari Afghanistan, China, Hong Kong, India, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Macau, Maldives, Vietnam, Zambia, Kazakhstan, dan Turkmenistan.

The post Syamel mahu cipta nama di China appeared first on Berita Viral.



✍ Sumber Pautan : ☕ Berita Viral

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2ySxyJk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.