Hi! Welcome Back and Stay Tune! Tidak henti berpeluh, sebelum Kim Chol tidak beri respon - saksi - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Tidak henti berpeluh, sebelum Kim Chol tidak beri respon - saksi

SHAH ALAM: "Dia tidak berhenti berpeluh… lepas lap dengan tisu muka, dia masih berpeluh."

Itu pengakuan seorang Pembantu Perubatan yang bertugas di Menara Medical Clinic, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (klia2).

Saksi ketiga pendakwaan, Rabiatul Adawiyah Mohd Sofi, 23 tahun, berkata dia mengelap muka Kim Chol atau Kim Jong Nam dengan tisu muka tanpa memakai sarung tangan.

Katanya, Kim Chol mendakwa dia disembur sesuatu ke muka dan matanya.

"Lelaki itu (Kim Chol) cakap disembur sesuatu. Dia pegang muka dan matanya. Saya lihat matanya merah.

"Dia bercakap dalam keadaan kesakitan," kata Rabiatul Adawiyah yang baharu bekerja di klinik berkenaan sejak setahun lalu.

Malah, dia turut menjalankan ujian awal terhadap mangsa termasuk saringan tekanan darah, kandungan oksigen dan tahap gula dalam darah.

"Saya ambil tekanan darah dengan bacaan 220/109. Bacaan itu amat tinggi. Jika normal 140/90.

"Paras gula dalam darah pula 7.2 dan SPO2 (kandungan oksigen) 98, ia normal.

"Ketika itu dia (Kim Chol) duduk di atas kerusi dan masih sedarkan diri. Selepas itu dia menunjukkan tanda-tanda sawan.

"Kepalanya tunduk ke hadapan, air liur dan hingusnya meleleh, dia masih sedar," katanya.

Sementara itu, saksi keempat pendakwaan, Dr Nik Mohd Adzrul Ariff Raja Azlan, 34, yang bertugas di klinik sama berkata selepas Kim Chol menunjukkan tanda-tanda sawan, mangsa kemudian mengalami kejutan.

Katanya, walaupun tanda-tanda itu menunjukkan seperti ' kejutan hemorhaj', namun tiada sebarang pendarahan berlaku.

"Saya nampak lelaki itu menyentuh kepalanya dan menggosok matanya selain mukanya merah dan berpeluh dengan keterlaluan.

"Bila saya tanya apa yang berlaku kepada dia, dia tidak dapat menjawab kerana mungkin dalam kesakitan," ujarnya.

Malah, pada satu ketika, kata Dr Nik Mohd Adzrul, mangsa tidak memberi sebarang tindak balas kepada pasukan perubatan.

Hakim Datuk Azmi Ariffin menangguhkan prosiding perbicaraan hari pertama dengan menyambung semula keterangan Dr Nik Mohd Adzrul.



Sumber Tidak henti berpeluh, sebelum Kim Chol tidak beri respon - saksi

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2wtZRd5

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.