Hi! Welcome Back and Stay Tune! 26 hotel 5 dan 6 bintang larang pekerja pakai tudung - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

26 hotel 5 dan 6 bintang larang pekerja pakai tudung

Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) mengenal pasti 20 hotel lima dan enam bintang di ibu negara melarang pemakaian tudung terhadap wanita yang bekerja di bahagian hadapan khidmat pelanggannya.

Presiden UNI-MLC, Datuk Mohamed Shafie Mammal, berkata pihaknya berharap Kementerian Sumber Manusia mengambil tindakan tegas terhadap hotel itu supaya tidak lagi wujud sebarang penindasan atau paksaan bagi melindungi maruah pekerja wanita Islam di negara ini.

“Kami akan menyerahkan senarai hotel berkenaan dalam satu mesyuarat bersama Jabatan Sumber Manusia, Rabu ini untuk tindakan selanjutnya.

“Selepas ini pihak hotel diharap tidak akan berdolak-dalik lagi mengenai perkara itu sebaliknya mereka perlu berinteraksi dan bersikap jujur bagi membantu mencari penyelesaian terhadap kemelut yang berlaku,” katanya kepada media di sini, hari ini.

UNI-MLC sebelum ini mendedahkan aduan diterima daripada kakitangan hotel mengenai wujudnya diskriminasi terhadap pekerja wanita Islam yang diarahkan menanggalkan tudung.

Shafie berkata, aduan yang diterima bukan hanya membabitkan pekerja di bahagian hadapan tetapi turut membabitkan pekerja di bahagian lain.

“Ini satu tindakan yang menjejaskan moral mereka kerana hanya disebabkan mahu menjaga periuk nasi mereka terpaksa membuka tudung selain mengaibkan diri sendiri dan keluarga.

“Kalau hotel mempertahankan prosedur operasi standard (SOP) mereka dalam pemakaian seragam ia mungkin agak ketinggalan zaman dan perlu diperbaiki supaya pekerja wanita diberikan kebebasan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

“Pekerja sepatutnya diberikan pilihan bukan memaksa yang bertudung membuka tudung mereka,” katanya.

Shafie berkata, pihaknya turut berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan campur tangan dalam perkara ini untuk memastikan kemelut yang berlaku ditangani secara adil dan saksama.

“Kita bukan mahu mencari kesalahan tetapi cuba mencari penyelesaian terbaik kerana mahukan situasi menang-menang untuk semua pihak,” katanya.

Sumber: BH Online



Sumber 26 hotel 5 dan 6 bintang larang pekerja pakai tudung

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A8VOYW

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.