Hi! Welcome Back and Stay Tune! ‘BELI UNDI DENGAN MYKAD’ – PEGAWAI ROSMAH SELAR WAKIL DAP - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

‘BELI UNDI DENGAN MYKAD’ – PEGAWAI ROSMAH SELAR WAKIL DAP

Datuk Seri Rizal Mansor, pembantu khas kepada isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyelar seorang wakil rakyat DAP berhubung tuduhan BN “membeli undi” dengan memberikan kad pengenalan dan kewarganegaraan.

Tuduhan itu dibuat oleh ADUN Teratai Tiew Way Keng di Facebook, yang disertai dengan gambal viral borang permohonan MyKad yang memaparkan ikrar bahawa pemohon yang tidak mengundi BN dengan rela hati membenarkan kad pengenalan mereka dibatalkan.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan bahawa borang itu adalah palsu.

Rizal mendakwa posting Tiew adalah “contoh jelas” bahawa para pemimpin DAP suka menyebarkan “berita bohong tanpa sebarang usul periksa”.

“Jika pemimpin sendiri berkelakuan seperti ini, jadi tidak hairanlah jika penyokong mereka juga menjadi kaki fitnah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rizal juga membidas Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung pembabitannya dalam Projek IC, dakwaan projek yang memberi kewarganegaraan secara besar-besaran bagi tujuan politik semasa masa beliau adalah perdana menteri.

“Kerajaan BN dibawah pimpinan (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib (Razak) tahu bahawa kedaulatan negara dan keistimewaan menjadi warganegara Malaysia tidak wajar ditukar beli dengan undi.

“Tidak seperti pemimpin terdahulu yang kini menjadi pemimpin utama Pakatan Harapan yang dahulunya dituduh oleh DAP terlibat dengan projek IC Sabah.

“Tiew Way Keng harus mengambil peluang untuk memohon penjelasan mengenai projek IC Sabah dari pemimpin-pemimpin ini yang kini telah duduk sebaris dengan DAP. Bukannya membuat fitnah baru terhadap JPN ,” katanya.

Semakan Malaysiakini mendapati bahawa posting itu tidak lagi berada di laman Facebook Tiew.

Dihubungi kemudiannya, wakil rakyat DAP itu berkata beliau telah memadamkan posting itu semalam selepas JPN mengumumkan bahawa ia tidak benar.

Ditanya sama ada beliau akan memohon maaf, Tiew tidak menawarkan jawapan yang pasti.

Namun, katnaya, bahawa tugas beliau sebagai wakil rakyat adalah untuk menggunakan saluran komunikasi seperti media sosial untuk mempersoalkan sama ada sesuatu dakwaan itu adalah benar.

– M’kini

.



✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2n9gB9y

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.