Hi! Welcome Back and Stay Tune! KBS, KKLW perlu 'menghadap' PAC - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

KBS, KKLW perlu 'menghadap' PAC

Foto oleh Zaaba

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) akan dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) susulan teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2016 Siri 2 yang dibentangkan di Parlimen, hari ini.

Pengerusi PAC, Datuk Seri Hasan Arifin, berkata selain KBS dan KKLW, beberapa kementerian lain serta agensi dan badan berkanun, khususnya yang membabitkan kepentingan masyarakat, juga akan dipanggil dalam masa terdekat.

"PAC mendapati, ada kementerian dan jabatan yang mempunyai beberapa masalah dan kelemahan. Kita akan panggil, khususnya kementerian yang ada kepentingan masyarakat seperti KBS yang membabitkan pembinaan kemudahan sukan kepada belia serta KKLW.

"Kami juga akan memanggil Lembaga Pelabuhan Bintulu serta Malaysia Venture Capital Management Berhad (MAVCAP).

"Semua akan dipanggil bukan semata-mata untuk mencari kesalahan, tetapi juga untuk memberi penjelasan bagi penambahbaikan serta usaha melancarkan perjalanan kementerian, agensi dan badan berkanun terbabit," katanya pada sidang media selepas mesyuarat pembentangan LKAN 2016 Siri 2 di Parlimen, hari ini.

Turut hadir, Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr Madinah Mohamad dan Timbalan Pengerusi PAC, Dr Tan Seng Giaw.

Sebanyak 240 syor dikemukakan dalam LKAN 2016 Siri 2 yang dibentangkan di Parlimen hari ini bagi membolehkan tindakan pembetulan dan penambahbaikan diambil di peringkat persekutuan dan negeri.

Hasan berkata, PAC secara keseluruhannya berpuas hati dengan laporan audit membabitkan kementerian dan agensi serta kedudukan penyata kewangan badan berkanun, kumpulan wang persekutuan, akaun amanah dan agensi lain pada tahun lalu.

"Pada keseluruhannya, prestasi kewangan semakin baik dan kesedaran mengenai pengurusan kewangan dalam kalangan pegawai dan kakitangan bertambah baik," katanya.

Sementara itu, Madinah berkata, antara inisiatif dilakukannya bagi memastikan tindakan segera terhadap teguran dilaksanakan adalah mengadakan mesyuarat dengan agensi penguat kuasa sebelum LKAN atau laporan PAC mengenainya dibentangkan di Parlimen.

"Saya menggerakkan tindakan untuk bermesyuarat dengan agensi penguatkuasa serta agensi pusat kerajaan Persekutuan untuk menentukan pelanggaran atau kecuaian di pihak penjawat awam supaya tindakan segera dapat dilaksanakan.

"Antaranya ketika LKAN 2016 Siri 1, sebelum pembentangan atau sebaik saja ia dibentangkan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bertindak terhadap beberapa pegawai dalam agensi tertentu," katanya.



Sumber KBS, KKLW perlu 'menghadap' PAC

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A9EK4s

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.