TUDUHAN TERHADAP MB JOHOR, ADUN DAP SENAI DIRUJUK KEPADA JAWATANKUASA KHAS
AHLI Dewan Undangan negeri Johor Wong Shu Qi dirujuk kepada jawatankuasa hak dan kebebasan dewan undangan negeri (DUN) Johor selepas beliau menuduh Menteri Besar Johor Khaled Nordin terlibat dalam skandal tanah.
Ketika membahas Bajet Johor 2018 hari ini, Wong berkata, menteri besar telah dituduh menerima wang sejumlah RM12 juta yang mana RM11.2 juta itu diterima Khaled dalam bentuk wang tunai.
Tambahnya, wang itu diberikan kepada Khaled untuk mengubah status lot perumahan Bumiputera kepada status bukan Bumiputera.
Wong berkata maklumat ini diperolehi dari sebuah laman web yang memuat naik kenyataan saksi dalam siasatan yang dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan skandal tersebut.
“Saksi ini tidak lain dan tidak bukan merupakan orang tengah dalam semua transaksi tersebut. Saya telah dimaklumkan tentang kenyataan saksi tersebut setelah ada pihak memuat naik dokumen-dokumen ke laman web,” katanya yang juga merupakan Setiausaha Publisiti DAP Johor.
Berikutan itu, Wong disoal sama ada benar atau tidak Khaled menerima RM12 juta dari pemaju untuk menukar status lot perumahan Bumiputera kepada bukan Bumiputera.
Bagaiamanapun, Khaled tidak berada di dalam dewan ketika Wong mengutarakan perkara ini.
Skandal tersebut menyaksikan bekas Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor Abd Latif Bandi dan seorang perunding hartanah Amir Shariffuddin berdepan pertuduhan terlibat dalam rasuah bernilai lebih RM30.3 juta antara tahun 2013 dan tahun lalu.
Abd Latif dan Amir berdepan 33 pertuduhan. Kedua-dua mereka mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan-tuduhan tersebut.
Dalam masa sama, Wong mendakwa kerajaan negeri mengalami kerugian besar akibat daripada penyelewengan ini.
“Daripada pendedahan tersebut, kita mendapati bahawa wang yang dibayar kepada menteri besar, exco dan orang tengah hampir sama dengan jumlah sumbangan pemaju kepada Tabung Perumahan Negeri Johor, iaitu RM40 juta. Dalam kata lain, tabung ini telah rugi besar akibat penyelewengan kerajaan,” katanya.
Adun Senai tersebut juga meminta campur tangan Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bagi menubuhkan Suruhajaya Siasatan Diraja bagi menyiasat pendedahan ini.
Tindakan Wong mencetuskan perang mulut dikalangan Adun yang hadir dengan Suhaimi Salleh (BN-Kukup) menyatakan ini satu tuduhan berniat jahat terhadap Khaled dan menggesa Wong menarik balik kenyataannya.
Suhaimi turut disokong oleh beberapa lagi Adun dari pihak kerajaan negeri termasuk Samsolbari Jamali (BN-Semarang) dan juga Ali Mazat Salleh (BN-Bukit Permai).
Baderi turut memperingatkan Wong bahawa skandal ini sedang dalam proses mahkamah dan ia tidak seharusnya diutarakan di dalam Dewan.
“Perkara ini dalam mahkamah, tak perlu sebut disini. Bahaskan perkara lain,” arahnya kepada Wong.
Wong bagaimanapun enggan menarik balik kenyataannya tersebut.
Lebih 10 Adun kerajaan bangkit dan menyokong supaya Wong dirujuk kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Johor sebelum Dewan ditangguhkan untuk rehat.
Dalam sidang medianya di luar sidang DUN Johor, Wong mengulangi pendiriannya untuk tidak menarik balik kenyataannya terhadap Khaled.
Wong bagaimanapun enggan menamakan laman web yang dirujuknya untuk membuat kenyataan terhadap Khaled.
Adun Pekan Nenas Yeo Tung Siong yang turut menemani Wong dalam sidang medianya itu berkata adalah lebih baik untuk Khaled menjawab isu ini dari merujuk Wong kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Johor.
Sementara itu, Baderi, ketika ditemui wartawan berkata tindakan dikenakan terhadap Wong adalah mengikut Peraturan 45 Peraturan Perbahasan Didalam Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah DUN Johor.
Baderi berkata sesuatu perkara yang sedang dibicarakan dalam mahkamah tidak sepatutnya dibawa kedalam Dewan dan kenyataan Wong tersebut menimbulkan prasangka tidak baik terhadap Khaled.
Sementara itu, apabila sidang Dewan bersambung semula pada jam 2.30 pm, Speaker DUN Johor Mohamad Aziz meminta Wong menarik balik kenyataannya.
Mohamad kemudian mengarahkan Wong keluar Dewan setelah Adun Senai itu enggan menarik balik kenyataannya.
– http://ift.tt/2pAR1dR
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2iSQYoO
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment