Baru Sekarang Kisahkan Hal Proton?
Umum sedia maklum bahawa Proton Holding Berhad kini telah menjalinkan kerjasama strategik dengan syarikat automotif gergasi China, Geely Auto yang kini memiliki 49 peratus saham Proton Holding Berhad. Kerjasama ini dilihat amat perlu bagi menyelamatkan Proton Holding yang saban tahun masih gagal mencatatkan sebarang keuntungan sejak ditubuhkan pada 1983.
Sebaik sahaja kerjasama ini dimetrai, antara langkah awal yang dilakukan oleh Geely adalah memastikan corak pengurusan Proton dirombak. Malah, produk keluaran Proton juga dikaji termasuklah strategi pemasaran dalam dan luar negara yang sebelum ini masih gagal ditembusi oleh Proton walaupun mendapat sokongan penuh kerajaan satu ketika dahulu.
Menariknya, langkah yang diambil oleh Geely ini mendapat kecaman dari mereka yang sememangnya dari asal menentang kerjasama berkenaan khususnya dari para penyokong Pakatan Harapan. Dakwa mereka, dengan penukaran nama berkenaan, ianya akan menghilangkan nama produk Proton yang kononnya menjadi kebanggaan negara.
Memang cukup menghairankan, kenapa baru sekarang mereka menyedari bahawa jenama Proton itu menjadi kebanggaan negara? Bukankah sebelum kerjasama ini dimetrai, mereka jugalah yang menghentam produk keluaran Proton dengan pelbagai dakwaan seperti tidak berkualiti, mudah rosak dan sebagainya?
Apa yang dapat dirangkumkan adalah, mereka yang mengutuk penukaran nama Proton untuk pasaran besar China ini sebenarnya tidak memahami rentak pasaran itu sendiri. Harus diingat, Proton bukanlah satu-satunya jenama yang ditukar kepada jenama China agar ianya mudah dijual di pasaran besar berkenaan.
BMW, Mercedes Benz, Audi dan Volvo adalah beberapa jenama kereta mewah keluaran Eropah yang telah mengalami penukaran nama di pasaran berkenaan. Malah, kereta-kereta yang kita import dari Korea Selatan seperti Naza Ceria ataupun Naza Kia sebenarnya telah kita ubah dari nama asalnya seperti Kia Carnival untuk pasaran setempat di Korea Selatan.
Walaupun terdapat pertukaran nama sekalipun, apa yang penting hasil jualan kereta Proton di pasaran China akan kembali kekantung Proton bagi membolehkan syarikat berkenaan melangsaikan semua hutang lapuk syarikat berkenaan.
Namun hasil daripada perancangan bijak Geely Auto, Volvo kini antara kereta yang paling diminati di China selain daripada Mercedes Benz dan BMW.
Justeru, buat pembangkang dan penyokongnya, jika tidak memahami struktur jualan kereta asing di China, adalah dinasihatkan supaya diam ataupun belajar sedalam-dalamnya bagaimana pergerakan dan cara jualan kereta di sana dari cuba menunjukkan keprihatinan mendalam terhadap Proton walhal dahulu, produk ini langsung tidak diperdulikan.
✍ Sumber Pautan : ☕ Samurai Biru
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2BpfGVo
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment