Hi! Welcome Back and Stay Tune! Usus Ibu Ini Hancur Akibat Minum Teh Diet! Kesan Bahaya Ubat Kurus - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Usus Ibu Ini Hancur Akibat Minum Teh Diet! Kesan Bahaya Ubat Kurus

Ramai yang sanggup menghabiskan ribuan ringgit hanya kerana obses hendak kurus, tanpa memikirkan kesan yang bakal dialami, mereka sanggup menanggung risiko memakan ubat kurus.

Wanita dengan kecantikkan sememangnya tidak dapat dipisahkan, apatahlagi apabila selepas melahirkan anak, sudah pasti lemak timbul sana dan sini, hati mana yang tidak resah, mata mana yang tidak sakit melihat. Ada diantara mereka yang suka mengambil jalan pintas untuk kurus dengan mengambil ubat kurus walaupun baru sahaja lepas bersalin.

Sebenarnya, dalam berpantang pun ibu-ibu mampu mendapatkan bentuk badan ideal jika benar-benar mengamalkan pantang yang betul. Tetapi dengan iklan dan janji-janji manis penjual produk yang menjanjikan bentuk badan kembali langsing selepas bersalin, ramai yang mudah terperdaya dan terus membelinya tanpa berfikir panjang! Dan akhirnya memakan diri sendiri.

Inilah yang telah terjadi kepada Ida, seorang wanita yang kini terlantar di katil hospital dan dipasang dengan mesin sokongan hidup. Kisahnya menjadi viral selepas video dan gambarnya dimuat naik oleh Azriel Ariel di Facebook Oktober tahun lepas.

Jangan ambil sebarang ubat pelangsing badan/teh diet tanpa menyemak dulu kalau produk itu didaftar, selamat ataupun tidak kerana ia boleh merbahayakan.

Akibat mengambil teh diet sebarangan, Ida telah mengalami komplikasi abdomen yang merebak ke usus sehingga ia hancur.

Doktor berkata Ida tidak mempunyai harapan untuk hidup lagi, dan keluarganya telah menandatangani kelulusan untuk mematikan mesin sokongan hayat.

Selepas beberapa jam, Ida telah meninggalkan dunia secara senyap-senyap.

Berikut adalah video Ida, ketika dia masih hidup dan terlantar di Hospital Zhongshan, Taichung.

Posted by Azriel Ariel on Friday, 21 October 2016

Bahaya teh diet sembarangan

Teh pelangsing bertindak sebagai julap atau ubat pencuci perut yang membantu mengosongkan kandungan usus, dan perut akan rasa kosong untuk lebih lama (terasa seperti perut rata).

Risiko mengambil teh ini untuk jangka panjang, ialah gangguan kepada keseimbangan elektrolit dalam tubuh yang akan mengganggu fungsi sel-sel lain dalam tubuh.Yang paling membimbangkan adalah kehadiran campuran bahan kimia yang digunakan di dalam teh pelangsing.

Biasanya produk seperti ini akan ditambah bahan-bahan lain untuk melangsingkan badan dengan cepat.

Kita tidak tahu kesan sampingan mengambil ubat kurus, pil pelangsing badan ataupun teh diet, dan kewujudan bahan kimia di dalamnya boleh memudaratkan kita, terutama jika digunakan tanpa pengawasan.

Semua produk farmaseutikal termasuklah suplemen kesihatan dan persediaan tradisional perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) sebelum dipasarkan di Malaysia.

Sumber: Pharmacy.gov.my , Kementerian Kesihatan Malaysia , My.theasianparent.com , Facebook/~Azriel Ariel

The post Usus Ibu Ini Hancur Akibat Minum Teh Diet! Kesan Bahaya Ubat Kurus appeared first on Aliff Channel.



✍ Sumber Pautan : ☕ Tahukah Anda Rakyat Malaysia?

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2k3F3aY

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.