Hi! Welcome Back and Stay Tune! Macau Scam di Sarawak meningkat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Macau Scam di Sarawak meningkat

KUCHING: Kes penipuan Macau Scam di negeri ini meningkat 37 peratus atau 67 kes dalam tempoh Januari hingga 26 November ini berbanding 50 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Kerugian yang dialami mangsa turut meningkat sebanyak RM2.4 juta berbanding RM1.9 juta yang dicatatkan dalam tempoh sama sebelum ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Sarawak, Superintendan Mustafa Kamal Gani Abdullah, berkata terbaru seorang wanita kerugian RM592,630 selepas ditipu sindiket berkenaan.

Beliau berkata, pada 24 November lalu penjawat awam berusia 51 tahun berkenaan menerima pesanan ringkas daripada satu nombor telefon bimbit mendakwa beliau mempunyai hutang berjumlah RM3,375 dengan sebuah bank.

"Pada hari yang sama, mangsa menghubungi nombor telefon berkenaan dan dijawab seorang lelaki mendakwa dari sebuah bank di Kuala Lumpur. Lelaki terbabit memberitahu mangsa, ada pihak menggunakan identiti mangsa untuk membuat pinjaman dan kemudian mengarahkan mangsa menghubungi Bank Negara melalui nombor yang diberikan.

"Apabila mangsa menghubungi nombor itu, seorang lelaki memperkenalkan diri sebagai pegawai polis pula menjawab dan memberikan semua maklumat pinjaman kepada mangsa," katanya.

Bagaimanapun katanya, mangsa sekali lagi menerima panggilan daripada seorang lelaki dan mendakwa mangsa terbabit dalam kes pengubahan wang haram.

"Jika hendak kes itu selesai, mangsa harus mengeluarkan semua wang di dalam akaun bank dan dimasukkan ke dalam tiga akaun bank seperti yang diberikan oleh lelaki berkenaan.

"Mangsa yang akur, memasukkan kesemua wang simpanannya berjumlah RM592,630 ke dalam tiga akaun terbabit," katanya.

Beliau berkata, mangsa hanya menyedari tertipu selepas gagal menghubungi nombor lelaki yang menghubunginya sebelum itu.

"Polis masih menjalankan siasatan lanjut kes itu," katanya pada sidang media di pejabatnya hari ini.

Mustafa berkata, semua 67 mangsa penipuan Macau Scam di Sarawak tahun ini berumur antara 18 tahun hingga 67 tahun.

"Sepanjang Januari hingga 26 November ini, seramai 11 suspek yang berumur antara 19 hingga 37 tahun berjaya ditahan," katanya.



Sumber Macau Scam di Sarawak meningkat

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2hUTaLs

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.