WAN AZIZAH PERSOAL GAJI PENGARAH JASA LEBIH TINGGI DARI MENTERI
Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan ismail mempersoalkan kewajaran ketua pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) – sayap propaganda kerajaan – mendapat gaji sehingga RM20,592 setiap bulan.
Beliau berkata, jumlah itu malah lebih tinggi berbanding menteri Komunikasi dan Multimedia yang menerima gaji bulanan RM14,907.
“Semakan terhadap Senarai Perjawatan 2018 mendapati ketua pengarah JASA dibaya gaji berdasarkan kod gaji VU7 sehingga maksimanya RM20,592 sebulan, lebih dari gaji menteri Komunikasi dan Multimedia,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau turut mempersoalkan peruntukan RM12.8 juta wang kerajaan bagi bayaran emolumen kepada 272 kakitangan JASA.
“Apa rasionalnya membayar emolumen RM12.8 juta kepada JASA yang peranannya hanya juru kempen Umno BN?
“Apa pula kewajaran membayar gaji ketua pengarah JASA melebihi gaji menteri persekutuan…(dan) kakitangan awam yang berkhidmat berpuluh tahun?” soalnya.
Beliau berkata, gaji pekerja JASA seharusnya dibayar Umno dan BN sendiri, bukannya wang dari cukai yang dikutip rakyat.
– M’kini
.
✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysia Chronicle
Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2zGhQmn
(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!
Post a Comment