Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kedudukan kewangan kerajaan Sabah baik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kedudukan kewangan kerajaan Sabah baik

Kedudukan kewangan kerajaan Sabah baik

Oleh Poliana Ronnie Sidom

poliana@bh.com.my

Kota Kinabalu: Laporan Ketua Audit Negara 2016 Siri 2 memaklumkan kedudukan kewangan kerajaan Sabah pada 31 Disember 2016 adalah baik dan mencatatkan peningkatan Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri.

Berdasarkan laporan itu, Kumpulan Wang Disatukan Kerajaan Negeri mencatatkan peningkatan sejumlah RM276.74 juta atau 13 peratus daripada RM2.14 bilion pada 2015 kepada RM2.41 bilion pada tahun lalu.

Akaun Hasil Disatukan pula mencatatkan lebihan sejumlah RM66.58 juta, menjadikan baki terkumpul meningkat kepada RM3.74 bilion pada tahun 2016.

Dalam laporan itu juga mencatatkan Akaun Amanah Disatukan menunjukkan penurunan baki debit berjumlah RM210.16 juta menjadi baki debit berjumlah RM1.33 bilion, berbanding RM1.54 bilion pada 2015.

Jumlah keseluruhan pelaburan meningkat kepada RM8.54 bilion pada 2016 dengan tunggakan bayaran balik Pinjaman Boleh Dituntut menurun kepada RM814.32 juta pada 2016, berbanding RM817.54 juta pada 2015.

Selain itu, tunggakan bayaran balik pinjaman Kerajaan Persekutuan berjumlah RM30.76 juta berbanding tunggakan RM30.18 juta pada tahun sebelumnya, manakala tunggakan hasil meningkat sejumlah RM399,301 kepada RM493.79 juta pada 2016.

Pada keseluruhannya, Laporan Ketua Audit Negara mendapati Penyata Kewangan kerajaan Sabah menunjukkan gambaran benar dan saksama mengenai kedudukan kewangan negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2016.

Dokumen sokongan adalah mencukupi untuk mengesahkan semua butiran dalam Penyata Kedudukan Kewangan, Penyata Penerimaan dan Pembayaran Wang Tunai, Penyata Prestasi Kewangan, Penyata Akaun Memorandum dan Nota Kepada Penyata Kewangan.

Sehingga 30 Jun 2017, kedudukan penyerahan Penyata Kewangan Agensi Negeri bagi tahun 2016 adalah baik dengan 24 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan Berkanun Negeri (BBN) sudah mengemukakan penyata kewangan bagi tahun 2016 dalam tempoh ditetapkan untuk diaudit.



Sumber Kedudukan kewangan kerajaan Sabah baik

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2A9EHWk

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.